Tuesday, April 2, 2013

Kawin.. ! Best ke yop...?

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
lepas kawin ramai tanya, " Best ke kawin ? "

hurrmm... Alhamdulillah. Itu yang saya boleh kata.
Rasa berteman sangat. hehe. pegi mana-mana pun ada org teman.
Makan dah tak sorang2, en suami always with me :) mostly morning and evening. 

paling best time shopping :) ada org tukang komen.. tolong2 pilih and tolong bayar ( opps :D )
ada org willing nak dengar saya mengomel, mengarut, borak2 non stop and gelak2.

peneman time nonton filem :) kami tak gi panggung so bilik adalah panggung kami. tengok je jam pukul 1o.oo mcm tu, start la en suami pilih2 cd :) yg bestnya dua2 peminat tegar cerita2 seram dan misteri. tapinya cik isteri mcm berani, sedangkan tengok sambil nyorok2 belakang en suami >_<


macam en suami kartun ni...


hampir 2 bulan bergelar isteri, i learn a lot mostly about appreciations :) yes ! benda kecil je tapi saya belajar menghargai. dulu saya ignore benda2 kecil dalam hidup saya. Now, even benda kecil je tapi perasaannya, Masya Allah.... 

the most amazing moment is when en suami being my imam. Allah !! merdunya suara. lembut sangat, mendayu... Allah berikan yang lebih baik dari yang saya minta...

kami bercinta selepas kahwin, Alhamdulillah, saya senang mengenal en suami selepas kahwin. There is a lot of obstacles we have to face but how hard it is, i know we will try our very best to overcome and together we holding hands enter into jannah. May Allah ease our journey and give us a strenght, Amiin.


 love u hubby :D




Friday, March 15, 2013

Happy 1 Month

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum...

Salam Jumaah yang penuh barakah. Moga kita sentiasa dilimpahi barakah Allah.
Alhamdulillah hari ini genap sebulan usia perkahwinan ku dengan encik suami.
Tiada kata selain ucapan syukur dan doaku panjatkan moga Allah merahmati hubungan kami suami isteri dan berkekalan hingga ke jannah. Amiin.

Terlalu banyak kenangan dah dilalui sedangkan baru sahaja sebulan, moga Allah terus berikan kekuatan untuk terus berusaha mendidik diri menjadi isteri yang taat dan insya Allah berusaha untuk menjadi ibu yang solehah.

Pejam celik dah selamat kami disatukan. Bermacam perasaan dan terlalu banyak perkara yang berlegar di minda. Tapi benar kata Prof Muhaya orang yang tenang adalah orang yang menang. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Masya Allah.






PS : kita akan diuji dengan apa yang kita sayang dan dengan apa yang katakan ( ingatan dari suamiku )
Benar..... memang sedang di uji :)

Monday, October 22, 2012

B2B : Catatan Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Allah masih sayang kita dan berikan kita peluang untuk hidup di bumi Allah ini. 

" Sahabat apa persiapanmu menuju perkahwinan ? " pernah ada orang tanya macam ni ? saya pasti ADA :) 





saya juga tidak ketinggalan. dulu saya tak tahu nak jawab apa, mungkin sebab ketika itu saya tak punya rancangan ke arah itu, tapi kini bila mana saya telah berada di situ dan Insya-Allah sedang menuju ke situ saya mula tanya diri sendiri dan apa jawapan yang sepatutnya saya jawab.

banyak yang bermain di minda. Allah Ya Allah.

adakah cukup jawapan sekadar "alah buat la apa-apa yang patut", "tenang je, nanti tahulah apa nak buat bila dah sampai masa" .

Semudah itukah ? Ingatan pada diri sendiri, ianya tidak semudah itu. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, bukan sekadar persiapan kenduri sahaja, bukan sekadar untuk seminggu sahaja dan kemudian belayarlah seadanya. Tidak. 

Allah Ya Allah. itu hanyalah secubit dari bercubit-cubit perkara yang akan berlaku. bukanlah menduga-duga apa yang akan berlaku, cuma berulang kali pertanyaan ini berlayang di minda supaya bertindak mempersiapkan diri menghadapi apa jua perkara yang mendatang. 

Tidak cukup sekadar bacaan tapi perlukan latihan melalui diri sendiri, keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat kita. Praktikkan dengan orang-orang terdekat. Tidak ada istilah terlambat. Mulakan sekarang dari diri kita dan kita akan lihat sekeliling kita berubah dan teruslah kita sama-sama berusaha mempersiapkan diri menjadi anak, isteri, ibu, sahabat, guru dan paling penting sekali menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya. 



Sebelum Aku Bernikah.
^^
Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

copy from hilal asyraf FB


Thursday, October 18, 2012

B2B : Kursus Pra-Perkahwinan

Assalamualaikum.

Apa khabar ? moga semuanya sentiasa sihat di bawah naungan redha Allah. Amiin.

Insya-Allah lebih kurang 4 bulan lagi, saya akan melangkah ke dunia baru. Ini antara nikmat-nikmat terbesar yang Allah berikan pada hamba-hambaNya dan juga sunnah kekasih Allah, Nabi Muhammad saw junjungan mulia. Alhamdulillah syukur di atas limpahan nikmat-nikmat Allah, apakah tidak kita memikirkan dan mensyukuri kurniaanNya dan semoga dijauhkan dari menjadi orang yang kufur.

Jadi saya ingat nak cerita sikit2 tentang persiapan dan juga maklumat2, manalah tahu dapat memberi sedikit maklumat.

Last week, saya pergi kursus pra-perkahwinan di Masjid Negara. Sepupu saya syorkan saya ke sini. Hari sabtu dan ahad, sabtu start pukul 2.15 pm hingga 6.30 pm dan esoknya dari 8.30 am hingga 6.30 pm. Bayaran RM80 beserta nota kursus dan makan tengahari dan petang untuk hari ahad sahaja.




Berbaloi, dapat ilmu dan makan, nasi minyak lagi :) 

Paling mudah untuk solat :) Kursus akan berhenti sebelum waktu solat, dan dapatlah berjemaah. Alhamdulillah, nikmat. 

Ada 12 topik dan 6 penceramah. Setiap kursus lebih kurang 2 jam. Penceramah semua best2. Apa pun berbalik pada niat kita. Insya-Allah tetapkan niat untuk menimba ilmu. Ilmu2 ini yang akan kita gunakan dalam melayari rumah tangga. 





Sijil akan dapat selepas seminggu kursus dan valid sampai bila-bila :)

Cumanya saya ni memanglah tak reti jalan, pandai pandu je tapi tak tau jalan. Selalu tumpang org lain, jdi bila sendiri yang memandu memang sesat. Sesat di kuala lumpur. 

Saya syorkan anda untuk ke kursus Pra-Perkahwinan di Masjid Negara, boleh terus call 
Ustaz Mat Zin, 012-979 6387



Zun Nun Al-Misri berkata, 
" Tiga tanda keyakinan adalah melihat Allah pada segala sesuatu, merujuk kepada-Nya pada segala sesuatu, dan meminta bantuan daripada-Nya dalam segala sesuatu "


Saturday, September 29, 2012

Belajar bahasa :)

Assalamualaikum....

Allah Ya Allah...

Alhamdulillah, harini kelas bahasa arab dah mula semula kat Yayasan As-Sofa :) Smile.
2 minggu Ustaz Azraai takde, so malap jap ari sabtu. Nak masuk uni betul2, memang tak boleh skang, kena settlekan satu2. takpe niat dah ada, Insya-Allah ada rezeki mesti dapat continue.

Ust Azraai kata kalau nak mahir satu2 bahasa, kita kena practise speaking. Kena cakap, kalau sekadar tulis, buku yang mungkin pandai bercakap tapi masalahnya buku tak boleh cakap :)

Jadi bermulalah episod cakap sorang2 tika bersendirian. Tiap hari mesti hafal one word. Mesti !! utk tambahkan vocabulary kita, jadi bila nak cakap mudahlah, kata kerja dah ada pastu pandai tambah2 sikit, boleh bina berayat-ayat.

Bila kita boleh berbahasa selain bahasa melayu, kita punya level of knowledge akan up 1 level.

Allah Ya Allah... moga Allah redha.




ps : semakin dekat dengan tarikh tuuuuu.... rasa berdebar, tak senang duduk, pening2.... 
dulu rasa ok, tapi sekarang bila tengok kalendar gementar :) ada tak cadangan buku2 yang hebat utk rujukan perkahwinan, kalau ada bolehlah share :) Terimas. Matane 

Tuesday, September 25, 2012

Untuk mama ( 1 )

Assalamualaikum...

Allahuakbar...


Kehadapan mamaku..

Mama, maafkan kak ngah. Selalu tak dengar kata, melawan bila mama suruh buat sesuatu. 
Sebenarnya kak ngah sayang sangat-sangat kat mama. Betul !! 

Mungkin kak ngah nampak macam tak ambil berat, tapi kak ngah risaukan mama. Mama kuat sangat. Kak ngah memang tak mampu langsung nak jadi kuat macam mama. Hanya doa di tiap kali sujud untuk mama. Kak ngah sedang cuba mama nak jadi anak yang solehah.

Allah Ya Allah...

yang sentiasa dapat doa untuk mama. doakan kesihatan mama. Kak ngah tahu mama penat sangat berniaga tapi mama tetap tunjuk dekat kami yang mama memang kuat.

Mama tahu, kak ngah selalu borak-borak dengan fitriyah pasal mama, mama kuat sangat. Ada jugak kami sama-sama menangis sebab sedih sangat tengok mama, terutamanya bila dapat tahu mama menghidap kencing manis. Allah Ya Allah... rasa dunia gelap.

Tapi kejap je mama sedih, lepas tu mama bersemangat semula malah lebih kuat dari sebelumnya. 

Allah Ya Allah....

Masa berjalan sangat pantaskan mama. Kejap je kak ngah dah besar. Insya-ALLAH diizinkan Allah, kak ngah akan memulakan perjalanan baru. Mama doakan kak ngah ye. Tiada lain yang kak ngah minta, melainkan doa darimu mama. Tapi kak ngah tahu, mama sentiasa doakan untuk anak-anak mama :) terima kasih mama. 

Mama ampunkan kak ngah ye. 

Insya-ALLAH kak ngah akan tulis lagi. Assalamualaikum.


Ps : andai nanti saya dah takde, saya harap mama baca bingkisan hati saya ni. Tak taulah, bila teringat kematian je, hati rasa sayu sangat-sangat, rasa terlalu hampir dengan saat tu, baik sebenarnya, rasa hati jadi lembut, mudah nak bertaubat padaMu Ya Allah. 


Thursday, September 20, 2012

Jom tenang

Assalamualaikum..

Allah Ya Allah...

lama betul tak menulis di sini. menjalani kehidupan seharian sehingga waktu dipanggil Illahi.
masanya akan datang, cepat atau lambat, hanya Allah sahaja yang tahu. 

Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki kesihatan kepada diri ini untuk terus melangkah. Moga kita sentiasa diberi kekuatan untuk melaksanakan tiap amanah yang diberi.

Beratnya memikul AMANAH. Allah Ya Allah. Kadang tewas dengan nafsu sendiri. Risau di pengadilanNya terlalu banyak diri ini melalaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Apa yang paling kita cari dalam menjalani kehidupan seharian? Dengan TENANG pasti semuanya tenang. Bila hati tenang, kita mudah berlapang dada dengan tiap kejadian yang berlaku, tak mudah kita nak menyalahkan orang lain. Bibir pun sentiasa terukir senyuman. Nabi Muhammad saw senyum dahulu sebelum mula berbicara. Hebat !! 

Bila hati tenang, mudahnya bersyukur dengan nikmat yang kecil. 

Bila hati tenang, mudahnya bersabar dengan segala macam ujian yang mendatang.

Senyum je..... ^_______^

Mudahkan. tapi cuba bila hati tak tenang, aiyoooo... makan pun jadi susah, ada tulang pun mau marah, Allah Ya Allah....


" orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram "

( Surah Al-Ra'du : Ayat 28 )



hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenteram. Jom berjuang !! 


ps : Apa rasanya mereka yang hafal 30 juzuk ? Kepinginnnnnnn.... Yuk :)