Friday, July 29, 2011

Ana kalau bangun lambat ...+_+

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar ? Moga semuanya di berkati dan dirahmati ALLAH, tambahan pula di hari yg penuh barakah ini. okay arini, ana nak citer sikit ttg kebaikan dan keburukan " terlambat ". haha. ini just pandangan dri persepsi ana sdri. mungkin ramai yg selalu " terbangun lambat ", " terlambat bangun "..hihi


Kebaikkan bangun lambat

- kita akan berfikir semuanya dlm satu masa. contohnya : smbl gosok gigi sambil fikir nk pakai baju apa lepas ni ? nak guna tudung kaler apa ?

- pandangan mata merangkumi semua. mana taknya, tgk semua sekaligus. tpi selalunya bila lmbt kita selalu tak nampak benda even dpn mata. haish.

- ** utk perempuan : x hingat dah nk matching2 baju dgn kasut ke, tudung ke, ambik je mana yg boleh capai. :))

- kerja jadi lebih pantas. ini mmg tak dinafikan. bila lmbt kalau boleh kita nk semuanya bergerak cepat je, jd otak kita memeras ugut diri supaya bergerak lebih pantas dari biasa. bayangkan yg biasa mjdi luar biasa. hebatkan !!

- tiada masa utk berangan. hihi.

- cekap matematik. ahah yg ini ana suka. sbb apa, bila kita lmbt kita akan selalu tgk masa kan. jdi klu ana, ana akn buat kiraan berapa minit ana kena guna untuk buat sesuatu. jdi smbl bergerak smbl ana buat kiraan tiap kerja ana. ini sgt berguna. mempercepatkan pergerakan berfikir secara paksa !!

- bila dah berfikir pun pantas, jalan pun dah tentu sgt pantas. mungkin akn memecut 160 km/sejam kan. ini biasa.

- menggunakan tiap saat dgn sebaiknya. :)


Keburukkan bangun lambat

- jiwa akan rasa terseksa kerana terpaksa bergerak pantas dri selalu smbl memikir adkh sempat utk mengunakan masa dgn sebaiknya atau mungkin dimarah boss.

- tak sempat buat yg selalu buat, misalnya sambil tengok cermin, sambil belek2 muka, nyanyi2 sikit. menari2. =_=

- benda yg dicari semakin susah ditemui. akibat kepantasan, barang tak dpt dijumpai. mula panik smbl tgk jam :/

- pakaian hari tu mungkin yg the worse skli. sila jgn terkejut dgn padanan pakaian yg berwarna warni. eheh.

- sdg diri dalam perjalanan, teringat yg henfon tertinggal di rumah. hemmm +_+

- bad mood sepanjang hari. :))


haha.. ini jelah yg dapat ana fikirkan. inilah situasi yg selalu ana lalui bila lambat !! time management yg tidak teratur beginilah. at least, buruk dgn baik nmpk lebih kurang je, so bolehlah selalu lambat :))

selamat berhujung minggu. jgn lupa isnin ni dah start puasa. Alhamdulillah, moga Ramadhan kali ini memberi peluang kita utk lebih dkt pada ALLAH, mengubah diri menjdi lebih baik samada dalaman mahupun luaran, menambah ilmu, istiqomah melakukan ibadah dan membentuk akhlak mulia. Amin. Moga ALLAH permudahkan urusan kita semua.




^_^







Thursday, July 21, 2011

Buku - Ep 001

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini saya nak review sikit tentang buku terbaru yang saya sedang baca. Mungkin sebelum ni saya tak berapa ingat tentang kisah-kisah 25 nabi yang kita perlu tahu. Alhamdulillah dengan buku ini saya dapat menambah sedikit sebanyak ilmu yang kurang tentang kisah para nabi.

Walaupun tidak menerangkan sepenuhnya tentang kisah para nabi namun secara ringkasnya kita boleh mendapat kilasan tentang rentetan hidup para nabi.



Tajuk : Kisah 25 Nabi-Nabi
M/Surat : 876 Helaian
Penulis : Tarikuddin Bin Hj Hassan
Harga : RM25.00

( beli di carrefour, wangsa maju :> )
( maaf atas gmbr yang kurang jelas, cuma ambil dari google images )


** kalau dulu saya tak berapa jelas dgn kisah hidup para nabi, tapi skang saya dah tau...hihi :)
kenapala saya tak baca dari dulu kan... tapi yang pastinya kisah hidup Nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w mmg hebat dan sesungguhnya Rasulullah punya peribadi yang cukup indah, seindah Al-Quran.

** maafla tak pandai nak bagi pandangan lebih2, takut ada tersalah cakap pula, tapi saya bagi 6.5/10 bintang :)))


^_^

Monday, July 18, 2011

tak mahu

kenapa saya selalu lupa...?
kenapa..?
saya tak mahu selalu lupa.
saya nak ingat selalu, tiap-tiap yg berlalu saya nk ingat selalu
tak mahu terlupa walau sesaat
mungkin bila lupa sesaat, saya boleh terlupa terus..
betul saya tak nak lupa mahupun terlupa..

kenapa saya selalu terleka ... ?
kenapa..?
saya tak mahu terleka,
walau sedetik, tak mahu leka..
saya sanggup tinggalkan asalkan saya tak terleka.
betul, saya akan tinggalkan..

saya tak nak sesekali pun terlepas dari pandangan-NYA,
saya tak mahu..
saya takut...
biarlah hilang di mata manusia, namun dekat di pandangan-NYA.


YA RABB, BANTU HAMBAMU YANG SERING TERLUPA DAN TERLEKA INI,
BIMBINGLAH HAMBAMU YANG KHILAF INI,
JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG BERSYUKUR DGN NIKMATMU,
LINDUNGILAH DIRI INI, IBUBAPAKU, KELUARGAKU, SAUDARA-MARAKU, GURU-GURUKU, RAKAN-RAKANKU SERTA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...


"_"



Saturday, July 16, 2011

Adakah semua kenikmatan itu sudah kita syukuri?

16 July 2011 / 14 Syabaan 1432H

Sedang makan2 nasi ayam buatan mama yang sememangnya super sedap dan ayam perap yg besar, wahhh nikmatnya rasa. Ditambah pulak dgn hujan rahmat dari ALLAH yg mencurah-curah membasahi bumi ALLAH yg maha luas ini. Sup ayam berasap menanti untuk dicedok.

Perlahan saya cedok sup ayam yg penuh aroma itu ke dalam pinggan nasi. Doa di baca, moga makanan ini menjdi ibadah dan penuh dgn keberkatan. Sedang ingin menikmati, pantas adik perempuan saya mencubit bahagian ayam sup di bahagian paling saya suka.

Saya terkedu, hendak dilarang kesian. teringat pulak, sharing is caring kan, even secebis ayam, tak perlulah nak berkira. hati kata tidak, tapi apakan daya. saya redhakan jugak.... sedih....
dalam memendam perasaan, secara tiba2 adik lelaki saya berkata :

" kak ngah, ko nak tak ayam bahagian ...... ni ? (bhgn yg saya suka, lebih suka dari bahagian yang saya beri td)

YA ALLAH, saya terpempam, betulkah. baru sahaja td saya lepaskan bahagian yang saya suka. walau tak seredha mungkin tapi saya pasrahkan diri. ALLAH gantikan saya dengan nikmat yang jauh lebih baik dari yang saya sangka. JAUH LEBIH BAIK. Ianya bahagian yang lebih saya sukai dari bahagian sebelum ini. LEBIH BESAR DAN LEBIH ENAK BERBANDING YANG SEBELUMNYA.

nampak apa yg saya nampak ? ''_''

YA ALLAH, betapa rapinya aturan ALLAH utk kita, kecil tp ianya sangat bermakna bila kita redha. mungkin ianya kecil, tapi kadang2 kita selalu tak perasan nikmat kecil yg ALLAH berikan pada kita. kita selalu rasa ALLAH tak bagi apa yang kita minta, sedangkan ALLAH nak bagi JAUH YANG LEBIH BAIK DARI YANG KITA MINTA.

kadang2 bila kita terpaksa lepaskan sesuatu yang sangat kita sayang, kita jadi keliru, tapi jika kita berserah pada ALLAH, percayalah yang ALLAH akan bagi lebih baik dari apa yang kita minta. yang langsung kita tak sangka.

" Jika seseorang hamba ALLAH menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana ALLAH) maka ALLAH akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal" ( Al-Hadith)

" YA ALLAH, ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, JANGANLAH KAU JAUHKAN AKU DARI NIKMATMU BIARPUN SEKECIL-KECIL NIKMAT YA ALLAH. AKU INGIN MENSYUKURI TIAP NIKMAT YANG KAU BERI ALLAH, AKU INGIN SENTIASA MERASAI KASIH SAYANGMU YA ALLAH. SUNGGUH INDAH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENITIPKAN RASA INI UNTUK MENGHARGAI TIAP NIKMAT YANG KAU BERIKAN " AMIN...


Mutiara Kata :

Kedua telingamu masih boleh mendengar. Kedua matamu masih boleh melihat. Lidahmu masih boleh berkata-kata. Selain itu, tubuhmu bebas dari berbagai penyakit fizikal dan jiwamu sihat. Adakah semua kenikmatan itu sudah kita syukuri?



^_^