Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum. 
Bismillahirrahmanirrahim. 3 Jamadilakhir 1433H


Dari dulu kan, saya suka sangat2 tengok perempuan dari kalangan kanak-kanak hinggalah orang yang sudah berumur ( opah-opah ) pakai tudung labuh. Diorang punya aura tu tersendiri tiap seorang. tak sama.
tapi yang pastinya diorang nampak suci :) 


tak taulah nak terangkan macam mana. tapi terbukti secantik hiasan dunia adalah wanita solehah. 
otomatik diorang special. Sayangnya ALLAH pada kita wahai wanita-wanita mukminah sekalian.


Aturan ALLAH itu cantik :) takde cacat cela, follow je lah :) 










Hari tu saya pegi Konvensyen bidadari dunia. Atas ni adalah video dari konvensyen tu. 
Indahkan jadi wanita :) ALLAH sayang, RASULULLAH sayang dan suami SAYANG :)








ps : Jodoh perlu dicari, rezeki perlu dicari, perlu ada usaha kerana dari usaha itu yang ALLAH beri pahala. Segala keputusan mahupun ketentuan hanyalah milik ALLAH tapi kita kena USAHA :) Matane ( jumpa lagi ) ^________^



Tuesday, April 10, 2012

Tiap kita ada cerita

Assalamualaikum.


Kaifahaluk ? Moga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari ALLAH.
Semalam on the way nak gi kelas, dengar takzirah pagi ulangan lepas azan maghrib di radio ikim.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli, ustaz kat tv alhijrah ( Hadis 40 Imam Nawawi )

Ustaz Zul Ramli cerita pasal satu kisah :

Cerita bermula di dalam Lrt, orang agak ramai tetapi suasana tenang. Semuanya tampak keletihan dek kepenatan bekerja seharian. Ada yang membaca surat khabar, majalah. Ada juga yang tertidur, keletihan agaknya.
Semuanya tenang.

Lrt meluncur laju di atas landasan hingga sampai ke stesen seterusnya. Masuk seorang bapa muda bersama dengan 2 orang anak lelaki. Bapa muda itu dan 2 orang anaknya memilih tempat yang paling hujung lalu duduk bersama-sama. Dalam beberapa ketika, bapa muda itu kemudian tertidur manakala anaknya leka bermain sehingga menganggu penumpang-penumpang di dalam lrt tersebut.

Agak leka anak-anak itu bermain, berlari ke sana sini, berebut-rebut antara satu sama lain. Kejap menangis lalu dipujuk abang lalu kembali bermain dan lagi sekali menangis. Keadaan itu benar-benar menganggu suasana yang tadinya tenang namun kini bising dengan gelagat anak-anak itu.

Keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan, dari ada yang membaca majalah, terus menutup dan berpaling. Yang tadinya tertidur tenang, terbangun dan berpeluk tubuh. Keadaan nampak agak tegang. Namun anak-anak itu terus bermain tanpa menghiraukan keadaan sekeliling manakala bapanya pula hanya diam tertidur di sudut tepi dinding lrt tersebut.

Keadaan berlanjutan, namun akhirnya bangkit seorang lelaki dengan langkah cermat dan duduk di sebelah bapa anak-anak tadi. Dengan cara berhikmah dan dalam keadaan menahan marah, lelaki itu mengejut si bapa itu, " Maaf encik, anak-anak encik sedang menganggu penumpang di dalam lrt ni. " lembut lelaki berkata. Bapa itu terus terjaga dan melihat anak-anaknya sedang riang berlari-lari.

Tiba-tiba bapa itu menangis. Lelaki itu terkejut. " Eh, encik kenapa ni ?" tegur lelaki itu. Bapa muda itu mengangkat muka lalu berkata, " Maafkan saya, saya ada masalah. 2 hari lepas isteri saya dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap penyakit berjangkit dan terpaksa di tahan di wad kecemasan. Anak-anak saya tak dibenarkan bertemu ibu mereka. Mereka terlalu rindukan ibu mereka sehingga menjadi murung. Atas permintaan isteri saya, doktor benarkan saya bawa anak-anak saya bertemu ibu mereka hari ini. Itu yang mereka gembira sangat. Tapi tadi saya dapat tahu, isteri saya dah meninggal dunia. Saya tak tahu nak buat apa. Jadi saya bawa mereka naik lrt ni." ungkap bapa muda itu.

Lelaki itu tergamam. Dari kemarahan dia berasa sangat simpati hingga turut menitiskan air mata.

> apa yang boleh kita simpulkan di sini ? ya, setiap orang ada jalan kehidupan dan cerita mereka sendiri. Mungkin ada beberapa part yang sama, tapi tetap berbeza cerita kita masing2. Ada yang begitu, ada yang begini. Dari kisah ini kita boleh merungkaikan, selagi kita tak mengetahui kisah hidup seseorang kita tak akan tahu kenapa mereka bertindak mahupun beraksi sedemikian rupa. Perlu kenal dan selami, baru kita mengerti dan jauh dari prasangka.

Sama juga bila kita jumpa orang-orang di luar. Cannot simply judge people. Each of us struggling on our daily life, jadi bercakaplah dengan kasih sayang ( sedang berusaha ). Orang yang memberi sayang akan dapat sayang juga. Mari sama-sama muhasabah diri dan moga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menjadi terbaik di antara yang terbaik. Amiin.

ps : tetapkan hatiku Ya ALLAH ^__________^