Monday, October 22, 2012

B2B : Catatan Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Allah masih sayang kita dan berikan kita peluang untuk hidup di bumi Allah ini. 

" Sahabat apa persiapanmu menuju perkahwinan ? " pernah ada orang tanya macam ni ? saya pasti ADA :) 





saya juga tidak ketinggalan. dulu saya tak tahu nak jawab apa, mungkin sebab ketika itu saya tak punya rancangan ke arah itu, tapi kini bila mana saya telah berada di situ dan Insya-Allah sedang menuju ke situ saya mula tanya diri sendiri dan apa jawapan yang sepatutnya saya jawab.

banyak yang bermain di minda. Allah Ya Allah.

adakah cukup jawapan sekadar "alah buat la apa-apa yang patut", "tenang je, nanti tahulah apa nak buat bila dah sampai masa" .

Semudah itukah ? Ingatan pada diri sendiri, ianya tidak semudah itu. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, bukan sekadar persiapan kenduri sahaja, bukan sekadar untuk seminggu sahaja dan kemudian belayarlah seadanya. Tidak. 

Allah Ya Allah. itu hanyalah secubit dari bercubit-cubit perkara yang akan berlaku. bukanlah menduga-duga apa yang akan berlaku, cuma berulang kali pertanyaan ini berlayang di minda supaya bertindak mempersiapkan diri menghadapi apa jua perkara yang mendatang. 

Tidak cukup sekadar bacaan tapi perlukan latihan melalui diri sendiri, keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat kita. Praktikkan dengan orang-orang terdekat. Tidak ada istilah terlambat. Mulakan sekarang dari diri kita dan kita akan lihat sekeliling kita berubah dan teruslah kita sama-sama berusaha mempersiapkan diri menjadi anak, isteri, ibu, sahabat, guru dan paling penting sekali menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya. 



Sebelum Aku Bernikah.
^^
Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

copy from hilal asyraf FB


Thursday, October 18, 2012

B2B : Kursus Pra-Perkahwinan

Assalamualaikum.

Apa khabar ? moga semuanya sentiasa sihat di bawah naungan redha Allah. Amiin.

Insya-Allah lebih kurang 4 bulan lagi, saya akan melangkah ke dunia baru. Ini antara nikmat-nikmat terbesar yang Allah berikan pada hamba-hambaNya dan juga sunnah kekasih Allah, Nabi Muhammad saw junjungan mulia. Alhamdulillah syukur di atas limpahan nikmat-nikmat Allah, apakah tidak kita memikirkan dan mensyukuri kurniaanNya dan semoga dijauhkan dari menjadi orang yang kufur.

Jadi saya ingat nak cerita sikit2 tentang persiapan dan juga maklumat2, manalah tahu dapat memberi sedikit maklumat.

Last week, saya pergi kursus pra-perkahwinan di Masjid Negara. Sepupu saya syorkan saya ke sini. Hari sabtu dan ahad, sabtu start pukul 2.15 pm hingga 6.30 pm dan esoknya dari 8.30 am hingga 6.30 pm. Bayaran RM80 beserta nota kursus dan makan tengahari dan petang untuk hari ahad sahaja.




Berbaloi, dapat ilmu dan makan, nasi minyak lagi :) 

Paling mudah untuk solat :) Kursus akan berhenti sebelum waktu solat, dan dapatlah berjemaah. Alhamdulillah, nikmat. 

Ada 12 topik dan 6 penceramah. Setiap kursus lebih kurang 2 jam. Penceramah semua best2. Apa pun berbalik pada niat kita. Insya-Allah tetapkan niat untuk menimba ilmu. Ilmu2 ini yang akan kita gunakan dalam melayari rumah tangga. 





Sijil akan dapat selepas seminggu kursus dan valid sampai bila-bila :)

Cumanya saya ni memanglah tak reti jalan, pandai pandu je tapi tak tau jalan. Selalu tumpang org lain, jdi bila sendiri yang memandu memang sesat. Sesat di kuala lumpur. 

Saya syorkan anda untuk ke kursus Pra-Perkahwinan di Masjid Negara, boleh terus call 
Ustaz Mat Zin, 012-979 6387



Zun Nun Al-Misri berkata, 
" Tiga tanda keyakinan adalah melihat Allah pada segala sesuatu, merujuk kepada-Nya pada segala sesuatu, dan meminta bantuan daripada-Nya dalam segala sesuatu "