Wednesday, September 28, 2011

Bagaimanakah penerimaan kita ?

Assalamualaikum..

Moga semuanya dalam keadaan baik dan dirahmati ALLAH sentiasa. Amin.

Mungkinkah kita sering memperkatakan tentang hal atau sikap orang lain tanpa menyedari tentang diri kita sendiri ? Sering terdengar orang mengatakan andai ingin menegur seseorang tentang ketidakbaikkan dirinya, kita perlu renungkan diri sendiri dahulu barulah kita boleh menegur seseorang.

Mungkin setengah kita pernah ditegur dan menegur. Bagaimanakah cara penerimaan kita ? Adakah kita sambut dengan baik atau kita melenting ? Dapatkah kita menerima diri kita bila ditegur tentang ketidakbaikkan yang ada dalam diri kita.

Renungan kita bersama ...
Muhasabah diri ...


sisipan penulis : jika seorang datang membuat kita marah, maka dia adalah ' guru ' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita selalu ' kesempitan ' wang maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ' mehnah ' - maksudnya didikan terus dari ALLAH. ( Ustaz Pahrol Mohd Juoi - iluvislam )




Monday, September 26, 2011

Risau, Doa dan Tawakkal

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu kita di pagi isnin yang indah ini. Namun pagi tadi ana agak kelam kabut sedikit. Paginya siapkan sandwich untuk bang yus yang ada pot luck kat ofisnya hari ini. Kemudian bersegera pula menghantar mama ke klinik untuk cek kesihatan bulanan. ALLAH. lambat pula, dengan hati berat ana terpaksa tinggalkan mama di klinik. Mana taknya, sudahlah keluar lambat, doc pun tak masuk lagi rupanya, orang ramai jugak.. hmmmm..

risau mama pulang sorang2, tambahan waktu pagi lagi mcm ni. kat tmpt ana banyak berlaku kes ragut. itu yang ana risaukan. selalunya mmg ana akan tunggu sampai habis cek, tapi hari ni sangat lambat pulak. sian mama. nak tak nak terpaksa tinggalkan jugak, puas ana duk risau pikir. mama tak bawak handphone pulak, lagi risau...

bila risau2 macam ni, hanya satu, berdoalah. ana memang selalu bawak buku poket amalan doa2. Alhamdulillah terubat sedikit resah di hati. Ini doanya :

Doa supaya perkara dimudahkan :


" Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku ".

( Surah Taha : 25 - 28 )

selalunya ana baca doa ni ketika nak interview. minggu lepas ana recite doa ni, Alhamdulillah terasa sangat lancar ana berkata-kata. Gugup pun hilang. Amalkan doa ni. Insya-ALLAH dipermudahkan.

serta ini :

Doa ketika dalam ketakutan/saat-saat genting :

" Maha Suci Allah yang Maha Agung. Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Menguasai, aku memohon pertolongan dengan rahmatMu " ( Hr Tarmizi )


Alhamdulillah, mama ana pulang dengan selamat bersama kawannya yang ditemui di gerai berdekatan. Allah permudahkan urusanku.


^_^


sisipan penulis : amalkan doa setiap hari, jadikan ianya satu amalan biasa. bangun dan sblm t tidur, nak pergi kerja dan semualah. Moga ALLAH permudahkan urusan kita.

Monday, September 12, 2011

Langkahan Kaki - Parte 1

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Apa yang anda fikirkan tiap kali anda melangkahkan kaki anda ? apa yang ada difikiran ?
mesti mcm2 yang difikirkan, mungkin kalau org yang ingin keluar makan akan fikir tentang kedai mana yang dia akan tuju, dan sebagainya.

apa makna langkahan kaki kita ? adakah sekadar langkahan kaki semata-mata tanpa niat dan tujuan atau langkahan kaki yang mengandungi seribu makna.

setiap hari kita akan melangkahkan kaki. kemana sahaja. biarpun hanya sekadar melangkah kaki untuk mencapai remote control tv anda. itu semua dikira langkahan kaki. pernahkah kita mengira langkahan kaki kita untuk apa ?

langkahan kaki akan mengikut tujuan di hati kita. Betulkah ? bila hati kita punya niat untuk melakukan sesuatu, pasti kita akan iringi dengan langkahan kaki menuju ke tempat yang kita inginkan. contohnya, jika tujuan untuk pergi makan, pastinya kita akan melangkahkan kaki kita untuk menuju mana2 gerai yang kita ingin tuju.

bila kita punya matlamat kita akan pastikan yang langkahan kaki kita membawa kita mencapai matlamat yang kita inginkan. nampak mudah kan, tentukan matlamat dan terus berjuang untuk mencapai matlamat kita.

begitulah juga kehidupan kita, bila kita punya matlamat untuk apa yang kita ingin kecapi dalam hidup, kita akan terus berusaha sedaya mungkin untuk menggapainya. setiap hari kita perlu ada matlamat, supaya hidup kita bertujuan.

samada langkahan kaki akan membawa kita kita ke jalan yang benar atau ke jalan yang binasa ?
itu yang kita perlu pastikan.

adakah langkahan kaki yang kita lakukan sekarang adalah langkahan kaki yang mendapat redha ALLAH atau tidak ?

sisipan penulis :
ada banyak langkahan kaki yang ana buat, kena pastikan yang ada terselit
antara langkahan kaki yang bermakna untuk ana. Ana dah pernah mengecapi
langkahan kaki yang bermakna itu tidak lama dulu, Alhamdulillah dengan izin
ALLAH ana.Ia buat ana lebih kenal siapa diri ana,apa yang ana inginkan.
Bermakna langkahan kaki itu. Ia merubah hidup ana 100% dari dulu. Walau
kadang2 beronak duri, tapi akhirnya akan kita tangisi dengan kegembiraan
lebih bermakna dari melangkah gembira namun akhirnya berduka.