Monday, October 22, 2012

B2B : Catatan Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Allah masih sayang kita dan berikan kita peluang untuk hidup di bumi Allah ini. 

" Sahabat apa persiapanmu menuju perkahwinan ? " pernah ada orang tanya macam ni ? saya pasti ADA :) 





saya juga tidak ketinggalan. dulu saya tak tahu nak jawab apa, mungkin sebab ketika itu saya tak punya rancangan ke arah itu, tapi kini bila mana saya telah berada di situ dan Insya-Allah sedang menuju ke situ saya mula tanya diri sendiri dan apa jawapan yang sepatutnya saya jawab.

banyak yang bermain di minda. Allah Ya Allah.

adakah cukup jawapan sekadar "alah buat la apa-apa yang patut", "tenang je, nanti tahulah apa nak buat bila dah sampai masa" .

Semudah itukah ? Ingatan pada diri sendiri, ianya tidak semudah itu. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, bukan sekadar persiapan kenduri sahaja, bukan sekadar untuk seminggu sahaja dan kemudian belayarlah seadanya. Tidak. 

Allah Ya Allah. itu hanyalah secubit dari bercubit-cubit perkara yang akan berlaku. bukanlah menduga-duga apa yang akan berlaku, cuma berulang kali pertanyaan ini berlayang di minda supaya bertindak mempersiapkan diri menghadapi apa jua perkara yang mendatang. 

Tidak cukup sekadar bacaan tapi perlukan latihan melalui diri sendiri, keluarga, saudara-mara dan sahabat-sahabat kita. Praktikkan dengan orang-orang terdekat. Tidak ada istilah terlambat. Mulakan sekarang dari diri kita dan kita akan lihat sekeliling kita berubah dan teruslah kita sama-sama berusaha mempersiapkan diri menjadi anak, isteri, ibu, sahabat, guru dan paling penting sekali menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya. 



Sebelum Aku Bernikah.
^^
Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

copy from hilal asyraf FB


Thursday, October 18, 2012

B2B : Kursus Pra-Perkahwinan

Assalamualaikum.

Apa khabar ? moga semuanya sentiasa sihat di bawah naungan redha Allah. Amiin.

Insya-Allah lebih kurang 4 bulan lagi, saya akan melangkah ke dunia baru. Ini antara nikmat-nikmat terbesar yang Allah berikan pada hamba-hambaNya dan juga sunnah kekasih Allah, Nabi Muhammad saw junjungan mulia. Alhamdulillah syukur di atas limpahan nikmat-nikmat Allah, apakah tidak kita memikirkan dan mensyukuri kurniaanNya dan semoga dijauhkan dari menjadi orang yang kufur.

Jadi saya ingat nak cerita sikit2 tentang persiapan dan juga maklumat2, manalah tahu dapat memberi sedikit maklumat.

Last week, saya pergi kursus pra-perkahwinan di Masjid Negara. Sepupu saya syorkan saya ke sini. Hari sabtu dan ahad, sabtu start pukul 2.15 pm hingga 6.30 pm dan esoknya dari 8.30 am hingga 6.30 pm. Bayaran RM80 beserta nota kursus dan makan tengahari dan petang untuk hari ahad sahaja.




Berbaloi, dapat ilmu dan makan, nasi minyak lagi :) 

Paling mudah untuk solat :) Kursus akan berhenti sebelum waktu solat, dan dapatlah berjemaah. Alhamdulillah, nikmat. 

Ada 12 topik dan 6 penceramah. Setiap kursus lebih kurang 2 jam. Penceramah semua best2. Apa pun berbalik pada niat kita. Insya-Allah tetapkan niat untuk menimba ilmu. Ilmu2 ini yang akan kita gunakan dalam melayari rumah tangga. 





Sijil akan dapat selepas seminggu kursus dan valid sampai bila-bila :)

Cumanya saya ni memanglah tak reti jalan, pandai pandu je tapi tak tau jalan. Selalu tumpang org lain, jdi bila sendiri yang memandu memang sesat. Sesat di kuala lumpur. 

Saya syorkan anda untuk ke kursus Pra-Perkahwinan di Masjid Negara, boleh terus call 
Ustaz Mat Zin, 012-979 6387



Zun Nun Al-Misri berkata, 
" Tiga tanda keyakinan adalah melihat Allah pada segala sesuatu, merujuk kepada-Nya pada segala sesuatu, dan meminta bantuan daripada-Nya dalam segala sesuatu "


Saturday, September 29, 2012

Belajar bahasa :)

Assalamualaikum....

Allah Ya Allah...

Alhamdulillah, harini kelas bahasa arab dah mula semula kat Yayasan As-Sofa :) Smile.
2 minggu Ustaz Azraai takde, so malap jap ari sabtu. Nak masuk uni betul2, memang tak boleh skang, kena settlekan satu2. takpe niat dah ada, Insya-Allah ada rezeki mesti dapat continue.

Ust Azraai kata kalau nak mahir satu2 bahasa, kita kena practise speaking. Kena cakap, kalau sekadar tulis, buku yang mungkin pandai bercakap tapi masalahnya buku tak boleh cakap :)

Jadi bermulalah episod cakap sorang2 tika bersendirian. Tiap hari mesti hafal one word. Mesti !! utk tambahkan vocabulary kita, jadi bila nak cakap mudahlah, kata kerja dah ada pastu pandai tambah2 sikit, boleh bina berayat-ayat.

Bila kita boleh berbahasa selain bahasa melayu, kita punya level of knowledge akan up 1 level.

Allah Ya Allah... moga Allah redha.




ps : semakin dekat dengan tarikh tuuuuu.... rasa berdebar, tak senang duduk, pening2.... 
dulu rasa ok, tapi sekarang bila tengok kalendar gementar :) ada tak cadangan buku2 yang hebat utk rujukan perkahwinan, kalau ada bolehlah share :) Terimas. Matane 

Tuesday, September 25, 2012

Untuk mama ( 1 )

Assalamualaikum...

Allahuakbar...


Kehadapan mamaku..

Mama, maafkan kak ngah. Selalu tak dengar kata, melawan bila mama suruh buat sesuatu. 
Sebenarnya kak ngah sayang sangat-sangat kat mama. Betul !! 

Mungkin kak ngah nampak macam tak ambil berat, tapi kak ngah risaukan mama. Mama kuat sangat. Kak ngah memang tak mampu langsung nak jadi kuat macam mama. Hanya doa di tiap kali sujud untuk mama. Kak ngah sedang cuba mama nak jadi anak yang solehah.

Allah Ya Allah...

yang sentiasa dapat doa untuk mama. doakan kesihatan mama. Kak ngah tahu mama penat sangat berniaga tapi mama tetap tunjuk dekat kami yang mama memang kuat.

Mama tahu, kak ngah selalu borak-borak dengan fitriyah pasal mama, mama kuat sangat. Ada jugak kami sama-sama menangis sebab sedih sangat tengok mama, terutamanya bila dapat tahu mama menghidap kencing manis. Allah Ya Allah... rasa dunia gelap.

Tapi kejap je mama sedih, lepas tu mama bersemangat semula malah lebih kuat dari sebelumnya. 

Allah Ya Allah....

Masa berjalan sangat pantaskan mama. Kejap je kak ngah dah besar. Insya-ALLAH diizinkan Allah, kak ngah akan memulakan perjalanan baru. Mama doakan kak ngah ye. Tiada lain yang kak ngah minta, melainkan doa darimu mama. Tapi kak ngah tahu, mama sentiasa doakan untuk anak-anak mama :) terima kasih mama. 

Mama ampunkan kak ngah ye. 

Insya-ALLAH kak ngah akan tulis lagi. Assalamualaikum.


Ps : andai nanti saya dah takde, saya harap mama baca bingkisan hati saya ni. Tak taulah, bila teringat kematian je, hati rasa sayu sangat-sangat, rasa terlalu hampir dengan saat tu, baik sebenarnya, rasa hati jadi lembut, mudah nak bertaubat padaMu Ya Allah. 


Thursday, September 20, 2012

Jom tenang

Assalamualaikum..

Allah Ya Allah...

lama betul tak menulis di sini. menjalani kehidupan seharian sehingga waktu dipanggil Illahi.
masanya akan datang, cepat atau lambat, hanya Allah sahaja yang tahu. 

Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki kesihatan kepada diri ini untuk terus melangkah. Moga kita sentiasa diberi kekuatan untuk melaksanakan tiap amanah yang diberi.

Beratnya memikul AMANAH. Allah Ya Allah. Kadang tewas dengan nafsu sendiri. Risau di pengadilanNya terlalu banyak diri ini melalaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Apa yang paling kita cari dalam menjalani kehidupan seharian? Dengan TENANG pasti semuanya tenang. Bila hati tenang, kita mudah berlapang dada dengan tiap kejadian yang berlaku, tak mudah kita nak menyalahkan orang lain. Bibir pun sentiasa terukir senyuman. Nabi Muhammad saw senyum dahulu sebelum mula berbicara. Hebat !! 

Bila hati tenang, mudahnya bersyukur dengan nikmat yang kecil. 

Bila hati tenang, mudahnya bersabar dengan segala macam ujian yang mendatang.

Senyum je..... ^_______^

Mudahkan. tapi cuba bila hati tak tenang, aiyoooo... makan pun jadi susah, ada tulang pun mau marah, Allah Ya Allah....


" orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram "

( Surah Al-Ra'du : Ayat 28 )



hanya dengan mengingati Allah sahaja hati menjadi tenteram. Jom berjuang !! 


ps : Apa rasanya mereka yang hafal 30 juzuk ? Kepinginnnnnnn.... Yuk :) 



Wednesday, May 2, 2012

Wednesday, April 25, 2012

Assalamualaikum. 
Bismillahirrahmanirrahim. 3 Jamadilakhir 1433H


Dari dulu kan, saya suka sangat2 tengok perempuan dari kalangan kanak-kanak hinggalah orang yang sudah berumur ( opah-opah ) pakai tudung labuh. Diorang punya aura tu tersendiri tiap seorang. tak sama.
tapi yang pastinya diorang nampak suci :) 


tak taulah nak terangkan macam mana. tapi terbukti secantik hiasan dunia adalah wanita solehah. 
otomatik diorang special. Sayangnya ALLAH pada kita wahai wanita-wanita mukminah sekalian.


Aturan ALLAH itu cantik :) takde cacat cela, follow je lah :) 










Hari tu saya pegi Konvensyen bidadari dunia. Atas ni adalah video dari konvensyen tu. 
Indahkan jadi wanita :) ALLAH sayang, RASULULLAH sayang dan suami SAYANG :)








ps : Jodoh perlu dicari, rezeki perlu dicari, perlu ada usaha kerana dari usaha itu yang ALLAH beri pahala. Segala keputusan mahupun ketentuan hanyalah milik ALLAH tapi kita kena USAHA :) Matane ( jumpa lagi ) ^________^



Tuesday, April 10, 2012

Tiap kita ada cerita

Assalamualaikum.


Kaifahaluk ? Moga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari ALLAH.
Semalam on the way nak gi kelas, dengar takzirah pagi ulangan lepas azan maghrib di radio ikim.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli, ustaz kat tv alhijrah ( Hadis 40 Imam Nawawi )

Ustaz Zul Ramli cerita pasal satu kisah :

Cerita bermula di dalam Lrt, orang agak ramai tetapi suasana tenang. Semuanya tampak keletihan dek kepenatan bekerja seharian. Ada yang membaca surat khabar, majalah. Ada juga yang tertidur, keletihan agaknya.
Semuanya tenang.

Lrt meluncur laju di atas landasan hingga sampai ke stesen seterusnya. Masuk seorang bapa muda bersama dengan 2 orang anak lelaki. Bapa muda itu dan 2 orang anaknya memilih tempat yang paling hujung lalu duduk bersama-sama. Dalam beberapa ketika, bapa muda itu kemudian tertidur manakala anaknya leka bermain sehingga menganggu penumpang-penumpang di dalam lrt tersebut.

Agak leka anak-anak itu bermain, berlari ke sana sini, berebut-rebut antara satu sama lain. Kejap menangis lalu dipujuk abang lalu kembali bermain dan lagi sekali menangis. Keadaan itu benar-benar menganggu suasana yang tadinya tenang namun kini bising dengan gelagat anak-anak itu.

Keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan, dari ada yang membaca majalah, terus menutup dan berpaling. Yang tadinya tertidur tenang, terbangun dan berpeluk tubuh. Keadaan nampak agak tegang. Namun anak-anak itu terus bermain tanpa menghiraukan keadaan sekeliling manakala bapanya pula hanya diam tertidur di sudut tepi dinding lrt tersebut.

Keadaan berlanjutan, namun akhirnya bangkit seorang lelaki dengan langkah cermat dan duduk di sebelah bapa anak-anak tadi. Dengan cara berhikmah dan dalam keadaan menahan marah, lelaki itu mengejut si bapa itu, " Maaf encik, anak-anak encik sedang menganggu penumpang di dalam lrt ni. " lembut lelaki berkata. Bapa itu terus terjaga dan melihat anak-anaknya sedang riang berlari-lari.

Tiba-tiba bapa itu menangis. Lelaki itu terkejut. " Eh, encik kenapa ni ?" tegur lelaki itu. Bapa muda itu mengangkat muka lalu berkata, " Maafkan saya, saya ada masalah. 2 hari lepas isteri saya dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap penyakit berjangkit dan terpaksa di tahan di wad kecemasan. Anak-anak saya tak dibenarkan bertemu ibu mereka. Mereka terlalu rindukan ibu mereka sehingga menjadi murung. Atas permintaan isteri saya, doktor benarkan saya bawa anak-anak saya bertemu ibu mereka hari ini. Itu yang mereka gembira sangat. Tapi tadi saya dapat tahu, isteri saya dah meninggal dunia. Saya tak tahu nak buat apa. Jadi saya bawa mereka naik lrt ni." ungkap bapa muda itu.

Lelaki itu tergamam. Dari kemarahan dia berasa sangat simpati hingga turut menitiskan air mata.

> apa yang boleh kita simpulkan di sini ? ya, setiap orang ada jalan kehidupan dan cerita mereka sendiri. Mungkin ada beberapa part yang sama, tapi tetap berbeza cerita kita masing2. Ada yang begitu, ada yang begini. Dari kisah ini kita boleh merungkaikan, selagi kita tak mengetahui kisah hidup seseorang kita tak akan tahu kenapa mereka bertindak mahupun beraksi sedemikian rupa. Perlu kenal dan selami, baru kita mengerti dan jauh dari prasangka.

Sama juga bila kita jumpa orang-orang di luar. Cannot simply judge people. Each of us struggling on our daily life, jadi bercakaplah dengan kasih sayang ( sedang berusaha ). Orang yang memberi sayang akan dapat sayang juga. Mari sama-sama muhasabah diri dan moga kita sentiasa diberi kekuatan untuk menjadi terbaik di antara yang terbaik. Amiin.

ps : tetapkan hatiku Ya ALLAH ^__________^


Monday, March 19, 2012

Makruf

Assalamualaikum,

Bercakaplah perkara-perkara yang makruf, ada pahala sedekah.... Ya Allah, cakap perkara yang baik -baik. Selalu lupa perkara ni, selalu ingat bila time masukkan duit dalam tabung je sedekah. sedangkan ianya terlalu luas...

Senyummmm.. ada pahala sedekah. Senyum je tak payah buat apa2.

Sebarkan salam.. sama ada orang kita kenal mahupun tak pernah jumpa langsung,, sebarkan...

lagi satu, niatkan tiap apa yang kita buat kerana Allah bukan kerana manusia. perlu selalu ingatkan diri ni, buat kerana Allah, jangan harapkan manusia.

kerana Allah, kita harap rahmat Allah. Semua kerana Allah. Muhasabah Nadia !!




ps : dulu cari tips nak jadi wanita solehah, skang advance sikit - isteri solehah :)))


Friday, March 16, 2012


" Hati ini tenang dengan kebaikkan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan "

ps : mintalah fatwa dari hati. andai hati resah, pasti ada kurangnya :) mari terus bermujahadah !!



Thursday, March 8, 2012

Yang tak canggih itu lebih menarik perhatian ... ?

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta sekalian sahabat-sabahat baginda.

heyhuuu...

Saya seronok tengok orang pakai benda canggih2. Antaranya :

ipod - ipad - dslr - henfon touch screen - blackberry - beast (earphone yg besau gedabak) - iphone

sebabnya saya tak pakai yang macam tu. Jadi mampu gembira tengok orang lain guna. Dulu adala la jugak pakai henfon sony ericsson tapi di curikkkk. oh orang itu mengambil dari dalam kereta, tapi Alhamdulillah kete tak kunci, so dia sangat baik ambik henfon dengan bukak pintu dan tutup semula.

Memang sedih henfon di ambil orang, tapi kereta selamat, dah cukup bersyukur. So semenjak dari itu, saya hanya memakai henfon yang boleh sms - call in/out - games :))

Jadi memang bila orang call lagu comel2 je keluar, nada dering common di tv-tv. yelah selalu tengok tv depa duk guna nada dering yang x dijual melalui celcom - maxis - digi . henfon canggih pun kadang2 bunyi nada dering tak yah beli.

selalu saya yang teruja kan tgk orang pakai benda canggih2 ni, tapi yang pelik rupanya ada orang pun teruja tengok henfon saya. :O betuuulll. yelah kadang2 bila saya sms, ada orang tengok saya. mcm pelik pulak. dulu time saya pakai henfon canggih, orang tengok biasa2 je, tapi bila pakai henfon tak canggih ada orang pandang2 teruja.

saya rasa pelik. adakah henfon yang tak canggih lebih menarik perhatian ... ??


ps : hilang satu dapat dua. jadi takde rugi malah untung. cuma S-A-B-A-R :)


Monday, March 5, 2012

Tidak sia-sia :)


sumber dari facebook


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta sekalian sahabat-sahabat baginda.

Rasanya kita semua selalu je teringat atau terkenangkan tentang apa-apa yang pernah jadi dulu dalam hidup kita yang baik mahupun kurang baik tapi kesannya terasa sehingga sekarang.
Saya selalu terpikir macam tu. Kadang2 bila sesuatu berlaku dalam hidup kita, misalnya ditimpa masalah mesti kita rasa kenapalah kita ditimpa dugaan macam ni, tapi bila benda tu dah berlalu baru kita dapat hikmah di sebaliknya.

Banyak sangat. Mungkin ada benda yang kita rungutkan dan kini rungutan itu membuatkan kita sedar kalau tak apa yang kita alami dulu mungkin kita tak capai apa yang kita ada sekarang. Memang benarlah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita bukan sia-sia melainkan ada sesuatu di sebaliknya, baik kesannya sekarang ataupun di masa depan.

Dulu saya selalu merungut tentang kerja saya ( jahatnya diriku =_=). Ya saya selalu nak cari kerja lain, saya rasakan hidup tak seronok kerja kat situ. Tak seronok sebab saya jenis suka kerja dengan ramai orang, tapi ofis saya kecik je, jadi ada berapa orang je. Tapi setelah 2 thn setengah saya kerja kat situ, saya tersedar sesuatu, yang sangat bernilai dan mungkin saya tak dapat di tempat lain. Tempat saya kerja, memang tak banyak kerja kecuali masa2 tertentu dan agak banyak masa terluang. Jadi kebanyakkan masa saya layari internet dengan baca2 blog dan buku.

So, bila ada masa lapang kat ofis saya amik peluang baca2 buku yang saya tak sempat baca, sempat juga blajo sesikit. Lama2 rasa seronok sebab banyak masa saya dapat luangkan untuk buat benda yang saya suka, dan kerana itu jugalah perubahan diri terjadi. Allah telah beri diri ini peluang yang sangat2 besar.

Mungkin kalau saya pilih pekerjaan yang lain, saya tak mungkin seperti diri saya sekarang. Betul. Saya sangat terasa nikmatNya. Saya dapat buat banyak benda lain tanpa mengabaikan perkara2 penting. Kerja ofis tak banyak, jadi pening kepala pun kurang, saya dapat tambah aktiviti luar sampai ke malam sebab tenaga simpanan, ehehe.

Sebab tu tiap apa yang terjadi dalam hidup kita adalah mehnah (didikan terus dari Allah), dan kita perlu mengambil pelajaran dari tiap apa yang kita lalui, hatta sekecil-kecil perkara. Betapa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya, Allah uji hambaNya kerana dalam ujian yang kita lalui itu terselit hikmah2 yang jika direnung maka kita akan tersedar.

Allah tidak memberi sesuatu dalam hidup sia-sia semata, melainkan ada hikmah di sebaliknya. Kita yang perlu mencorakkannya, baik ataupun buruk. Memang mudah untuk berkata-kata, tapi saat terjadinya ujian, kita mudah rebah dan berputus asa. Sebab itulah kita kena sentiasa muhasabah diri kita, tiap saat, sebab kita tak tahu bila kita akan diuji dengan dugaan2 yang tak disangka-sangka. Peringatan untuk diri sendiri yang sering lalai dan terleka.

Pandang dengan mata hati ~~ susah benar istiqamah. Makin kita berusaha untuk berubah, semakin terasa berat dugaan2 melanda, tapi yakinlah hati ini bahawa tiap yang berlaku bukan perkara yang sia-sia melainkan untuk mendidik hati ini untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.

Moga Allah tetap teguhkan hati-hati kita untuk terus berjuang di jalan yang lurus dan berpegang teguh hingga ke akhir nafas kita dan kembali kepada Allah dengan qalbun saleem ( hati yang sejahtera ). Amiin.

ps : " We can't direct the wind but we can adjust our sail ". Hidup ini tak akan rasa sepi selagi kita punya matlamat hatta untuk sehari. Kena cari masa untuk susun jadual yang mula dirasakan sangat penuh.

Wednesday, February 29, 2012

Langkah2 kecil sebelum langkah2 besar



Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam

Ya Allah
Aku redha mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi

- Artikel iluvislam.com


ps : moga ALLAH permudahkan tiap urusan kami. Ini hanya langkah ke jalan2 kecil sebelum benar2 melangkah ke jalan2 besar. bukan sekadar persediaan 1 hari, tapi InsyaAllah hingga ke akhir hayat. Masa yang diberi untuk perbaiki diri menjadi lebih baik agar cekal menghadapi masa depan, bukan hanya melibatkan dia dan diri ini tapi di sekitarnya jua.


^________________________________^

Monday, January 16, 2012

bukan rungutan

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah saya berjaya tempuh 2 hari lepas dengan pertolongan Allah melalui semangat dan keluarga. Benarlah bila kita dalam kesempitan, inilah masanya kita mengetahui mana lawan dan mana kawan. Terima kasih Ya ALLAH atas pemberianMu. Keluarga yang sangat2 memahami dan mengambil berat diriku. Tak mampu di balas dengan wang mahupun kata2. Moga Allah berkati setiap ahli keluargaku dan sentiasa menunjukkan jalan yang lurus.

ya. bukan mudah melakukan sesuatu yang baru apatah lagi yang mengubah diri yang telah lama beristirehat. pandangan mata manusia, kata2 mereka juga menjadi kayu pengukur pandangan mereka terhadap kita. tak mampu meneruskan seorang diri dan terpaksa membuat orang lain turut menderita bukan perkara membanggakan. biarlah kita bersusah seorang dari membuatkan org lain susah. mereka tidak berkata, tapi hati ini sangat mengerti.

mana mungkin menutup mulut dan mata manusia dari terus berkata2. sambil bila2 pun jua, hinggalah hilang di ketika waktu pergi telah sampai itupun masih ada bait2 kedengaran walaupun telah meninggalkan dunia yang sementara ini. cara ku mungkin salah.

perubahan itu awkward. kita akan rasa tidak selesa. rapuh.

tapi dalam kelelahan, ada sesuatu yang menyedarkan. membuatkan kita lebih menghargai. membuat kita lebih berfikir dan terus berfikir serta menghayati. betapa hidup ini tidak seindah yang kita rancangkan tapi tawakal lah hanya pada ALLAH.

kita hanya mampu berusaha sedayanya, dan kembalikanlah redha itu pada Allah. Apa jua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia melainkan ada sebab di sebaliknya.

Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sabar dan solat. Bila lemah, solat, istighfar. Baca Al-Quran. Sabar. Redha.

Ingat setiap kesusahan diiringi dengan kesenangan selepasnya. Ya.

ps : dalam kelelahan tetap rasa gembira. bila rasa lelah saya suka pergi rumah ALLAH. rasa ketenangan di situ tidak terbanding dari tempat lain. bila duduk di masjid, fikiran saya jadi sangat2 tenang. terlupa apa yang ada di luar. betul. kira macam terapi minda. bila penat je gi masjid. rasa tak tentu je pegi masjid. kalau hanya rasa ragu nak buat decision je, gi masjid. cuba buat :) tak rugi, untung2 dapat dengar tazkirah kan. 2 in 1, tenang dan muhasabah diri.

Wednesday, January 11, 2012

Permulaan yang Hectic :)


Assalamualaikum.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarga serta sekalian sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah. Kita masih bernyawa lagi hari ini. Syukur.
Dapat saya rasakan yang permulaan Januari 2012 ini
penuh dengan kejutan dan 2 minggu yang sangat hectic. Benar. Rasa masa terlalu pantas berlalu seiring dengan tuntutan kehidupan.
Kadang2 rasa masa itu tidak mencukupi, manakan tidak, bila punya masa senang2 dihabiskan begitu sahaja. Tapi bila tiada masa, mulalah rasa menghimpit jiwa. Sabar - Sabar - Sabar :)

Permulaan yang penuh dengan plan2, tak terkejar kadang2 tapi terkejar jugak :)) Ada juga cerita sedih, sahabat yang telah saya kenal selama 6 tahun, ke sana sini, suka duka, shopping, mengaji sama2 dah jauh dari saya. Sedih dan sepi. Siapa yang akan teman saya bila saya nak shopping tiba2. Jogging hujung minggu lepas tu balik terus makan rojak. :(

tapi itulah kehidupan. tiap kita akan berubah mengikut peredaran masa. tiada yang kekal melainkan ALLAH SWT. Ya. saya doakan moga sahabat saya berjaya di dunia dan juga di akhirat. misi untuk membizikan lagi kehidupan telahpun bermula. Isi tiap masa dengan apa jua. Kalau takde keje nak buat, amik satu buku.. baca !

Baru2 ni dapat dengar talk dari Ust Pahrol Mohd Juoi. teruja saya :) kata2 ust memang mempengaruhi hidup saya, ust banyak buat saya berfikir. kata2nya yang saya ingat ialah " Buat apa yang kita suka, dan cintailah nya"



dan dapat grab 3 buah buku. Gembira :)))



gambar novel Rabiahtul Adawiah xde :(