Monday, October 24, 2011

Undangan :)


Assalamualaikum.

Apa khabar semua... ? Harapan semuanya sihat belaka...
okay, ana nak buat perkhabaran sikit..
sesiapa yang berminat membeli novel2 terpakai ( insya-ALLAH, dlm kondisi yg baik ) dan juga tudung bidang 60 inci. boleh kunjungi blog Annisa Collection.




Insya-ALLAH harga berpatutan.

Jemput2 datang ye :))


" Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokkan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran. "
al-hadis

Friday, October 14, 2011

Jagalah auratmu...


Assalamualaikum.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam Jumaat semua.

Alhamdulillah, Segala puji hanya bagi ALLAH. Syukuri tiap detik agar tidak menyesal di hari-hari kemudian. Pagi nih ada ronda2 jalan tengok blog UZAR (Ustaz Zaharudin), banyak ilmu yang ana dapat. Tapi dalam banyak2 topik ana tersentuh membaca tentang tolonglah wahai wanita:rayuan seorang lelaki . Agak mendukacitakan bila seorang lelaki berkata2 demikian.

tidak lain tidak bukan tentang aurat wanita kini yang tidak terjaga dan tidak memenuhi tuntutan Islam yang sebetulnya. bila sebut tentang aurat, ianya lebih menyentuh kepada golongan wanita. itulah yang dihadapi kebanyakkan lelaki kini, samada yang sudah berkahwin mahupun belum. Mereka sukar menahan gelojak nafsu. Seram mendengarnya.

Perubahan sememangnya ana akui perlu di lakukan sedikit demi sedikit. Ana juga dulu begitu, terpengaruh dengan fesyen2 masa kini yang menggalakkan wanita2 kini berpakaian dengan fe
syen yang kadangkala melebihi dari tingkah seorang wanita muslimah. Namun dengan perubahan waktu ana berjaya mengatasi. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberi ALLAH, ana berjaya menepis sedikit demi sedikit. Ana yakin ramai wanita muslimah di luar sana yang sangat ingin berpakaian sebetulnya tapi dek kerana desakan nafsu untuk berfesyen semasa menghalang diri.

Sangat sejuk mata memandang mereka yang berpakaian longgar dan bertudung labuh. Benar2 mahu jadi seperti mereka dan sentiasa bersederhana. Satu lagi kadang2 ramai orang yang mempertikaikan contohnya, " ala, tak semestinya orang yang bertudung labuh itu baik, kadang2 mengata orang juga, dating juga, baik tak payah "

alahai janganlah berkata begitu, sedih dengar. kenapa kita perlu menyalahkan pada cara luarannya, ALLAH memandang pada hati dan akhlak seseorang itu, bukan dari luarannya. Percayalah kita manusia yang akan selalu melakukan dosa, tapi sebaikn
ya ialah orang setelah sedar kesalahannya dan kembali memohon keampunan dari
ALLAH.

dulu ana selalu berfikir kalau ana bertudung labuh dan berpakaian longgar pasti orang akan melabel ana konon2 alim, padahal ilmunya tiada. ALLAH. itulah bisikan syaitan yang menghalangi ana. tapi Alhamdulillah, ALLAH permudahkan niat ana. tak sangka apa yang ana fikirkan semuanya hanya bayangan
semata-mata.

mungkin ada sedikit orang yang mempertikaikan, tapi itu kewajiban yang ana perlu lakukan demi cinta ana pada Pemilik Cinta. Sedikit demi sedikit, ana berubah hinggalah sekarang, Alhamdulillah, ana jadi sangat tenang, malah terserlah rasa kebaikkan pada diri ana sendiri. Banyak yang ana dapat elakkan dan paling ana rasa sekali ialah bila ana mulakan perubahan, hati ana sangat mudah dekat dengan ALLAH. Ana mula belajar banyak perkara, sedikit demi sedikit, terutama dari segi agama. Ana sangat teruja meneroka tiap perkara baru yang ana kecapi setiap hari.

Memang langkahan kaki kita menuju jalanNya, akan jadi sangat-sangat mudah. bila tekad sudah ditanam, biarpun beronak badai akan ditempuh. Jangan pernah takut mulakan langkah menuju kebaikkan, kerana ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNya. Semoga ALLAH sentiasa menetapkan iman dalam jiwa kita, dan sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari ALLAH.

Kepada wanita2 di luar sana, marilah kita sama2 berusaha menjadi wanita2 solehah dengan menjaga diri kita dan tutuplah auratmu, semoga dijauhkan dari fitnah dunia dan membantu lelaki2 di luar sana menjaga pandangan mereka dan menjauhkan dari berlakunya lebih banyak kegiatan2 sosial yang akhirnya memusnahkan kehidupan sendiri. Moga kita semua diberi kekuatan untuk berubah ke jalan yang lebih baik sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini dan menuju akhirat yang kekal abadi.



" moga ana terus istiqomah dalam pencarian demi kehidupan kekal di sana nanti "
Amin.


Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


^_^

Friday, October 7, 2011

Belajar dan terus belajar ya :)

Assalamualaikum.

Salam jumaat yang penuh barakah. Moga kita semua dalam lindungan kasih ALLAH. Amin.
Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang diberikan. Walau kadang dirundung duka, tapi itu pastinya mehnah yang bakal mematangkan jiwa, dan mendidik hati menjadi lebih redha pada sesuatu perkara.

Baru2 ini, ana mengikuti kelas tafsir Al-Quran di bukit kinrara atas ajakan sahabat. Seronok rasanya dikurniakan sahabat yang sentiasa mengajak mendekati ALLAH. Kita adalah gambaran pada sahabat kita. Bagaimana sahabat k
ita, begitulah juga selalunya kita. Baik sahabat kita, Insya-ALLAH semakin baiklah kita hendaknya.
Alhamdulillah, memang ana menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas tafsir bagi memantapkan pemahaman ayat-ayat indah ALLAH dan memantapkan lagi iman. Biasalah bila bekerja, pa
sti masa agak terhad untuk mengikuti kelas2 berturutan. Ustaz yang mengajar juga sangat menyejukkan jiwa, di kala pagi menguraikan kata-kata ALLAH.

Bagaikan rasa sangat diberkati pagi itu, sungguh damai. Teringat pesanan2 ustaz, jangan lupa berniat tiap kali kita nak lakukan apa jua, baik niat ki
ta, Insya-Allah dipermudahkan. Penjagaan rohani penting, untuk memastikan jiwa sentiasa tenang walau ditimpa musibah. Sama juga, kalau kita berniaga, jadikan perniagaan kita itu sebagai saham untuk dunia dan akhirat. Jangan sekadar imbuhan di dunia. Niatkan hati kita berniaga kerana apa.

Seronok jugak, dapat jumpa teman2 baru. Alhamdulillah semuanya baik2 sangat.

Esok ada class tafsir lagi. Hari isnin & selasa minggu depan pun start class mengaji Al-Quran kat Yayasan Al-Quran. Okay :))))




Jom belajar dan teruskan belajar.
Happy Weekend semua :)