Tuesday, November 29, 2011

Manisnya Maal Hijrah

Assalamualaikum.

Salam 3 Muharam 1433H.

Alhamdulillah, Allah beri kita peluang untuk bertemu di tahun baru. Tak terlambat rasanya untuk ucapkan Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat2 ukhuwwah fillah. Bagaimana permulaan tahun baru? Adakah telah merangka azam2 baru, atau menyambung yang lama? Apa pun jua, moga tiap azam kita dapat kita jalankan dengan izin Allah, diperkuatkan fizikal dan rohani serta istiqamah dalam tiap langkahan kita.

Syukur tahun ini, pengakhiran tahun 1432H ana sempat bertemu dengan teman2 lama dan sudah tentu anak2 murid ana. Allah, nikmat mana lagi ingin aku dustakan darimu ya Allah. Tidak terhitung banyaknya nikmat yang kau berikan dan kenangan yang tak mungkin dapat diluputkan. Mungkin ana boleh katakan tahun 1432H banyak mendatangkan hijrah baru dalam kehidupan ana. Tidak mudah, penuh liku, hingga kadang2 jatuh seolah ditimpa-timpa.

Di akhir tahun, Allah berikan nikmat kebahagiaan bagi penutupan tahun 1432H. Segalanya bagaikan hadiah istimewa dari orang yang sangat istimewa. Dapat pula bertemu dengan sahabat2 lama, anak2 murid serta dapat dengar live nyanyian nasyid Nowseeheart. lama dah minat depa nihhhh. :)


past is past, let's start new phase of our life.


Cukup sampai di sini, moga dapat bertemu di tautan yang seterusnya :))
Moga tiap kasih sayang bermula kerana Allah dan berakhir jua kerana Allah.



Wednesday, November 23, 2011

Selepas lebih baik :) Pilihlah


Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah :) Alangkah indahnya percintaan selepas kahwin. Segalanya terjadi selepas bukannya sebelum. Ana tau ana tak layak untuk berbicara tentang ini tambahan lagi melibatkan hukum2 di sebaliknya. Tapi secara umumnya, kita semua tahu yang pergaulan antara lelaki dan perempuan ada batasannya. Bukan sewenang-wenangnya kita nak bergaul begitu sahaja, bertepuk tampar dan lain2.

Banyak kisah yang ana baca cerita pasal indah percintaan selepas kahwin. Ana juga mengimpikan perkara yang sama, biarlah kita terpaksa berkorban untuk tidak dating, call setiap 10 min, sms sepanjang masa dan sebagainnya. Bukannya niat ana mencela atau mengata mana2 pihak tentang perkara sedemikian, tapi yang pastinya kita wajib mendahulukan suruhan Allah berbanding mengikut nafsu hati kita. Kan dah kata " Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah ".

Memang di akui, perkara2 sedemikian memang menyeronokkan tapi lebih menyeronokkan bila dah kahwin kan :)) segalanya halal, tiada halangan, malah mendapat pahala pula. Memang aturan yang Allah tentukan baik untuk kita dan bila kita melawannya ianya akan jadi keburukkan pada kita.

Jika kita ingin keberkatan selepasnya kawin, jadi kita kena pastikan sebelum itu juga kita perlu jaga keberkatannya. Atasi pergaulan kita, gunakan orang tengah yang boleh dipercayai untuk urusan2 tertentu.

Bila hubungan kita dan dia tiada batasan, pastinya akan banyak menimbulkan penyakit hati seterusnya menghala ke arah zina. Moga dijauhi. Zina boleh berlaku tiap masa tanpa berjumpa pun. Terutama zina hati, kita berangan-angan dan dihanyutkan dengan perasaan.

Tanya diri kita (termasuk ana), mahu perkahwinan yang dibina mendapat keberkatan atau murka Allah. Pilihlah yang mendatangkan bahagia pada diri, bersusah dulu menjaga diri demi mendapatkan redha Allah. Pilihan di tangan kita, mahu yang baik atau sebaliknya.



Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.



“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga, zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan, zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”
:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::



ps : Islam tidak menyempitkan malah menyenangkan. Tiap apa yang Allah aturkan pasti ada sebab musababnya, dan pastinya ianya mendatangkan kebaikkan. Cubalah hati akan lebih tenang dan bertawakkal padaNya. Insya-Allah bila kita dah bernekad melakukan kebaikkan pastinya Allah menolong kita. >_<

( artikel lebih merujuk pada diri ana sendiri, yang baik semuanya dari Allah dan yang tidak baik dari kekhilafan ana sendiri, Asif )

Tuesday, November 22, 2011

Tudung Labuh - Part 1





Assalamualaikum.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.
Minggu lepas ternyata minggu yang agak memenatkan, kelelahan dalam urusan duniawi dan moga ana terus diberikan kekuatan untuk melakukan tiap suruhanMU Ya Allah. Amin.

Hari ni ana terbaca threat dari Halaqah.net tentang isu "Bertudung Labuh". Alhamdulillah, macam2 pendapat dan nasihat boleh digunakan untuk memantapkan lagi mana2 yang berniat untuk bertudung labuh. Ianya bukan juga satu keputusan yang mudah untuk dilaksanakan dan perlukan kekuatan dan istiqomah bila melakukannya. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kita di dunia ini ialah waktu untuk menanam dan di sana nanti barulah menuai.

Bila baca threat tu, ana teringat ttg diri ana sdri. Ianya juga bukan berlaku secara drastik, tapi memerlukan masa. Alhamdulillah ana willing to change myself not because of others. Yang perlu dipastikan ialah niat kita bila nak buat sesuatu. Hanyalah kerana ALLAH. Memanglah untuk niat setulusnya perlukan pengorbanan yang jitu. Ianya melibatkan MASA.




Ana hanya berasal dari keluarga yang biasa saja latar belakang agama, dan nak diikutkan keluarga mahupun saudara2 rapat juga tidak ada yang memakai tudung labuh. Jadi untuk dekat dengan suasana bertudung labuh ni agak sukar dan teman2 ana juga sama seperti ana. Kesedaran itu ada tiap kali melihat wanita2 di luar yang bertudung labuh, memakai jubah, malah sekarang ramai juga yang telah berniqab ( alhamdulillah ), memang hati sangat sejuk tengok diorang nih. Rasa mereka ni mendekatkan diri yang jahil dan kerdil ini untuk lebih dekat padaNya dan mungkin juga masanya untuk berubah.

Ana tak terus bertudung labuh, tapi ana dari dulu memang tak suka selimpangkan tudung. Ana start pakai tudung instant yang tutup dada tapi masih agak pendek, pastu ana pakai pashmina, sbb pashmina ni bila pakai boleh tutup dada then sambil2 tu pakai hands sock. Lama jugak, bila dah biasa pakai ada rasa kekurangan lagi iaitu kaki !! hehe, jadi ana pun start pakai stocking, mula2 yang jenis nipis tu, tapi still nampak jarang2 lagi jadi try beli yang jenis tebal punya (mcm stoking bola). So waktu tu mmg rasa dah tutup apa yang perlu ditutup. Alhamdulillah hati ni Allah permudahkan dan tak rasa pakai stoking dan hands sock ni satu kesusahan malah jadi seronok.

Pakaian pun ana akan pakai baju yang labuh dari punggung sahaja, so bermulalah episod beli blouse2, seluar2 besar demi menyesuaikan dengan imej muslimah.

**maaflah entri panjang nihhh.... teruskan membaca ( iklan :) )



Tapi niat untuk bertudung labuh tu mmg sangat kuat time tu, tambah2 lagi bila jumpa ramai wanita bertudung labuh malah cantik juga akhlaknya :))) Jadinya time tu ana dah mula libatkan diri dengan aktiviti2 agama, dengar ceramah, lagu2 nasyid dan buku2 islamik. Kalau dulu suka beli kpop-klik (korean fans nih :> ), majalah2 hiburan malah ada siri tv omputih (seksi :O ) yang mmg tak lepas tonton - klu terlepas naik angin (nauzubillah) teruk kan :(

Ana memang suka membaca, jadinya bila takde keje kat ofis mmg ana suka baca threat2 kat iluvislam(yg lama punya website), blog2 tentang Islam dan terutama tentang macam mana menjadi wanita solehah, memang betul membuka minda dan hati ana untuk lebih fokus. Kalau dulu mungkin samar2 but time tu mmg ana punya semangat untuk berubah tu sangat2 kuat. Hati rasa betul2 insaf dan takut bila mengenangkan.

Jadi ana buat keputusan untuk ubah diri ana jadi lebih baik, tak leh tunggu2 lagi dah. Klu tunggu2 mungkin ana takkan berubah sampai bila2. Jadinya 1st thing is ana nak selami Al-Quran, nak tau apa yang Allah sediakan untuk hamba2Nya. So ana pun tekad nak gi blaja bahasa arab, so cara paling mudah ialah pergi masjid !! Alhamdulillah Allah permudahkan jalan ana, kelas pun baru nak start dlm 2 minggu mcm tu and tetiba umi (mak angkat ana kat masjid) tanya ana untuk jadi sukarela untuk program anak2 kat masjid. Maksudnya ana kena hari2 gi masjid dan ajar budak2 buat kerja sekolah :)

to be continue.....



ps : bila tulis semula, terimbau kenangan2 waktu tu, memang manis sgt2, baru tau erti " Kemanisan Iman ", mmg tak dapat di luahkan dengan kata2, hanya rasa syukur yang tak terhingga di atas taufik dan hidayah dari ALLAH. Moga ALLAH terus memberi kekuatan kepada hati ini dan hati2 di luar sana untuk terus istiqomah demi mendapatkan redha ALLAH dan merebut cinta agung dari Pemilik Cinta. Amin.



^_^

Thursday, November 17, 2011

Penangan nasi lemak

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Hari ni semangat pagi lain, hehe :) Energy tu mmg hi-ha-hi-ha. so today, ana nak cerita kisah " nasi lemak ". Kenapa tiba2 je, pagi nih, duk tengah search2 tetiba jumpa link tentang a girl yang menjual nasi lemak lepas berhenti keje dan cerita dan semangatnya telah melompat-lompatkan hati kerdil ini.


Memang berniaga ini satu perkara yang tak boleh dipandang remeh. Kerjanya memang memenatkan dan perlu sentiasa kerja lebih masa. Tapi advantangenya ialah banyak masa di rumah and for those yang buat business sendiri, memang kitalah bos, pekerja, pembuat dan segalanya. Berniaga juga sunnah Rasulullah dan baginda sendiri mula berniaga sekitar umur 12 tahun. Hebat baginda Rasulullah.

Mak ana juga peniaga nasi lemak !! :) ana sayang mak


^_^


ana sendiri dah menyaksikan memang sangat memenatkan. banyak bermain dengan fizikal dan juga emosi. yelah, kadang2 jualan tak habis, memang time2 macam tu akan rasa down. ana kena tempias down jgk, :) tapi kepenatan tu memang sangat di rasa, macam keja sepanjang masa. pagi2 lagi dah kena bangun, pastu terus memasak. pukul 6.30 keluar meniaga sampailah abis jualan. paling awal pukul 8.30am, dan paling lambat 12.00 :( memang membahang panasnya, dugaan.

tak masuk dugaan kesabaran dgn customer lagi. kadang2 jumpa yang terlalu baik, yang terlalu tak ok pun ada @_@. mak ana start meniaga since ana study kolej dulu. jadi time semester break, selalulah ana tolong mak jaga gerai :)) masak tak pandai...... jadi yang paling membantu ialah jaga gerai. jadi time tu mak balik rehat2 jap, tapi mak ana terlalu rajin, siap kemas rumah lah. patutnya tido jap ke kan, tapi tangan mak tu leka dok buat keje je. ITULAH MAK :)) maaf jugak mak, sbb anak mak ni tak ....... masak.

tapi jaga gerai ni memang pengalaman yang BEST !! ada taknya, tapi banyak best. kalau time ramai orang, memang tak cukup tangan, tapi time takde orang, relaks sikit. ana ngan mak ada 1 persamaan yg sangat ketara ialah kitaorg sangat suka membaca. tak kisahlah apa pun, pamplet pun suka baca jugak. betul.. ana suka pamplet, terutamanya pasaraya, boleh tgk makanan2 segar, roti2, harga2 pasaran. jadi bila time takde org, leka lah baca. mak ana punya buku je dah seberat 2 kg kot, rasa-rasa la.

time seronok bila tengok ramai org beli, rasa macam dibalas penat menyiapkan. tapi lumrah hidup ada habis dan tak cukup2 dan kadang2 banyak yang tak habis. belajar konsep tawakal dan redha. kita berusaha dan serahkan segalanya pada Allah.dapat juga kenal ramai orang, ada yang sangat friendly, yg biasa2 je pun ada.

moment paling best ialah balik rumah !! ^_^ pastu kira wangnya. part kira yang paling best. tapikan satu ana perasan, mak ana since dia meniaga hinggalah sekarang, memang rezeki tak putus2. berkat berniaga. mak ana juga jenis orang yang beringat, simpan duit. memang sejak mak meniaga, kehidupan dari segi kewangan memang lebih baik. Alhamdulillah. Tanpa petunjuk jalan dari Allah, siapalah kita.

tapi tulah bila ana dah bekerja nih, memang ana nak sangat mak berehat. tak perlu meniaga lagi. ana dan abang boleh tolong mak, duit boleh dicari tapi kesihatan dan masa yang berkualiti tu bila dah berlalu tak boleh di ambil kembali, malah makin meninggalkan kita jauh. tapi mak tak mau.. sayang katanya nak dilepaskan tapak mcm tu je. apa ana mampu buat, sebagai anak ana nak mak ana hidup selesa dan berehat bila usianya makin meningkat. berdoalah jalan termudah :)

moga Allah sentiasa beri kekuatan kepada mak dan ayah, serta dipermudahkan tiap urusan mereka dan tunjukilah mereka jalan yang lurus.

ps: ana pun tgh ada big plan utk weekend nih, moga Allah permudahkan urusan. Insya-Allah kalau takde aral ana akan citer plus letak pic skli :)

** ni link utk baca cerita pasal wanita yang cekal jual nasi lemak :))

Wednesday, November 16, 2011

untuk hari ini



Assalamualaikum.



Jom hari ni kita sama2 jaga mulut dan hati kita dari kata2 yang tak baik dan bersangka jahat.
message simple hari ni.

" Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa... "



ps : semoga ALLAH berikan kekuatan kepada diri kita agar sentiasa bersangka baik, permudahkan jiwa untuk mencintai ALLAH, RASULULLAH dan orang2 disekeliling kita. Do it now. Remember, tak pernah ada kata terlambat, better late than never.

Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH jua kita semua akan kembali. Itu PASTI

Tuesday, November 15, 2011

Bercinta hingga ke Syurga :)




Rasulullah saw bersabda :

" Barangsiapa menghidupkan sunnahku beerti menyintaiku. Dan barangsiapa menyintaiku akan bersamaku pada hari Kiamat di Syurga "



Mahabbah kerana ALLAH SWT

membawa ke Syurga kekal abadi


ps : kita bercinta hingga ke syurga ye. suka makna "kita" tu :)


picture credit to blog "Selamat Tinggal" ( Rusydee Artz)

Monday, November 14, 2011

mak ana tau dan mak perlu tahu


Assalamualaikum.

Ana tau, mak ana mesti selalu rasa kecewa dengan sikap ana.. Tapi ana nak mak tau yang ana SELALU cuba nak jadi anak yang SOLEHAH. dengar KATA MAK, tak LAWAN cakap mak, DENGAR nasihat mak...
Kalau mak cakap, ana cuba tak LAWAN, sbb nak bagi mak menang,
tapi selalu je berdebat ngan mak sebab rasa mak dengan PENDAPAT ana tak sama,
tapi ana TAHU mak SAYANG SANGAT dengan ana, mak nak ana jadi manusia yang HEBAT.. nak ana jadi orang yang tak MUDAH MENGALAH macam mak.

Mak KUAT SANGAT.. boleh buat macam2 lebih dari yang sepatutnya.. ana tau mak PENAT KERJA tapi ana JAHAT sebab TAK tolong mak. Mak ana MINTA MAAF.
Mak ana tau mak nak yang TERBAIK untuk anak2 mak. Ana tau mak selalu MARAH orang lain yang buli anak mak. mak akan PERTAHANKAN anak2 mak. mak akan PERCAYA kata anak2 mak taktala orang lain kata anak2 mak macam2 kan.

mak tak akan PERNAH LUPAKAN anak2, even mak pergi tempat jauh2, mesti ingatkan anak2 mak. mak takde duit pun, masih belikan untuk anak2 mak barang lebih dari diri mak sendiri.
SANGGUP MASAK makanan kegemaran anak2 mak biarpun mak PENAT !!

Mak ana tau mak sentiasa DOAKAN KEBAHAGIAAN untuk anak2 mak, ana tak perlu cakap tapi mak tiap2 masa DOA untuk anak2 mak. mak pun kena tau ana tak PERNAH LUPA DOA untuk mak.
Biar ana tak doa untuk diri sendiri, tapi untuk mak MESTI ada. Sebab mak dah TERLALU BANYAK BERKORBAN untuk KEBAHAGIAAN anak2 mak...

mak ana selalu teringat kata2 dan nasihat2 mak, TAK AKAN PERNAH LUPA.
mak ana teringat kata2 mak,
" Satu hari nanti kak ngah akan pergi ikut bakal SUAMI dan TINGGALKAN mak, jadi mak nak pastikan yang kak ngah dapat bakal suami yang tak suka marah kak ngah, sebab kak ngah mudah nangis dan takut, nanti mak SEDIH kalau tengok kak ngah kena marah dengan orang lain. Polis lalu sebelah pun kak ngah dah takut, pergi beli barang kena sergah, kak ngah diam, mak nak kak ngah jadi BERANI "

tapi apa2 pun, ana tau MAK SAYANGKAN ANAK2 MAK lebih dari DIRI MAK SENDIRI, mak marah2 sebab mak SAYANGKAN anak2, nak tengok anak2 jadi anak2 yang BERGUNA, jadi hamba ALLAH yang HEBAT, dan mak kena tau yang ana dan adik2 jugak
SAYANG MAK KUAT2 dan cara kami SAYANG mak ialah
DOAKAN MAK...

KAK SAYANG MAK SANGAT !

=_=

Thursday, November 10, 2011

Heal my heart YA ALLAH


Assalamualaikum.

Heal my heart Ya ALLAH.

Diri ini sedar, dugaan ini hanya sangat kecil berbanding mereka di luar sana yang lebih perit menghadapi kehidupan. Tapi mereka masih bersabar dan sentiasa bersangka baik. Sedangkan diri ini.....

Baru disentak tidak lagi disergah dan diketuk, diri ini sudah melatah. Tidak sabar dalam diri memaksa minda berputar memikir dan membuat keputusan. Lemah sungguh kesabaran diri ini. Tidak kuat diuji. Baru bayangnya saja menerpa hati sudah bagai ombak yang menghempas tepian pantai.

Sudah di tegah hati ini dari dulu lagi, biarkan cerita dulu pergi dan jangan pernah di ingat dan diulangi.. tapi tetap saja ianya berubah dan ingin mencuba. Mungkin kali ini mendatangkan kebahagiaan buat diri dan semua.. tapi ..

masihkah ada harapan.. diri ini sedar, ini hanyalah mainan dunia yang sementara dan yakini yang kekal selamanya hanya selepas meninggalkan dunia yang sementara ini.



فَإِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا ﴿٥
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

إِنَّ مَعَ العُسرِ يُسرًا ﴿٦
(6) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Surah Ash-Sharh: 1 - 8

jelaskan dari ayat di atas...
Yakinlah diriku, sesungguhnya tiap-taip kesukaran disertai kemudahan... akan ada kesenangan selepas kesulitan.

ps : jangan bermain dengan hati.. ianya amat sukar sembuh bila terluka.. jangan hadirkan harapan bila diri tak mampu memberi dan pada ALLAH jualah ku berserah dan berharap.. dari ALLAH kita datang, dan kepada ALLAH jua kita kembali. ALLAH permudahkan urusanku... AMIN


Wednesday, November 9, 2011

Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم.

Salam Aidil Adha, moga ianya mendatangkan pengertian dalam inci kehidupan ana dan kita semua ya :)

Alhamdulillah raya kali ini lebih terasa kemeriahannya seperti raya aidilfitri lepas sebabnya ana beraya di kampung indahku !! hihi... semua adik-beradik belah mak balik, rasa seronok betul. semua berkumpul ramai2 skli dengan opah ku sayang :))) cuba bayangkan, ramai2 berkumpul, makan sama2, bergelak tawa, gotong royong kenduri... :D


kampung indahku... Bagan datoh, Perak :)

okay jom balikkan imaginasi ke realiti, hihi.... sebenarnya ana nak kongsikan satu artikel dari UZAR aka Ustaz Zaharuddin berkenaan situasi kerja. Mungkin ramai di luar sana termasuk ana yang was2 atau musykil tentang penggunaan waktu kerja kita. Yelah mungkin ada di kalangan kita yang bekerja tapi mempunyai waktu lapang dan hanya menggunakan masa2 tersebut dengan melayari internet, baca artikel atau buku dan duduk termenung sahaja. Adakah waktu yang kita habiskan dengan perkara selain kerja dikira berdosa dan gaji kita hujung bulan, halalkah atau haramkah ? inilah persoalan yang perlu kita fikirkan.

Jika kita inginkan keberkatan dalam tiap duit yang kita cari, kita perlu analisis nilai kerja kita. Seandainya gaji besar tapi terlibat dengan riba, bagaimana ? lagi pula ada yang gunakan waktu kerja untuk pergi shopping, menular dengan sengaja tidak kerja kerana tiada pantauan dari bos dan sebagainya, jadi bagaimana kita nak pastikan ? sila baca artikel UZAR ini ye - Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

Semoga kita semua mendapat manfaat dan dapat menghilangkan kemusykilan yang terpendam.

ps : tangan ana skang ni tengah berjinak dengan kerja2 craft pulak :)) tengah belajar buat jahitan blanket stitch. mula2 susah, biasala tangan tak penah rajin menjahit2 ni, tapi Alhamdulillah, usaha itu tangga kejayaan. bila hilang satu, cari yang lain pulak. hati ni kalau asyik fikir psl "itu" je mmg x jalan kerja. Akhirnya mungkin akan berfikiran negatif :( moga2 ana dpt lepas ujian ini dengan sebaiknya, ana serahkan segalanya pada ALLAH, apa yang terbaik buat ana, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Biarlah ianya ke hulu kerana ALLAH dan berhilir juga kerana ALLAH, daripada ALLAH kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali :) andai itu yang telah ALLAH takdirkan untuk ana, ana redha dan Insya-ALLAH terima dengan hati terbuka.

Selamat Bekerja :) dan jangan lupa untuk ^_^

Thursday, November 3, 2011

Quote

Assalamualaikum.

Selamat pagi dan hari ini hari khamis bersamaan dengan 7 Zulhijjah. Hanya beberapa hari lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Pagi tadi dengar slot tazkirah di radio Ikim Fm tentang pengorbanan. Lebih tepat lagi dengan hari raya haji yang bakal menjelma ini.

Penceramah ialah Imam Muda Asyraf pukul 7.30 setiap isnin-jumaat. Tapi penceramahnya berubah-ubah dan minggu lepas Ustaz Izhar tazkirah pasal musibah dan doa. Memang seronok pagi2 dengar untuk makanan rohani.

Tazkirah lebih kurang 15 min tu mmg menusuk jiwa dan mendatangkan pemikiran. Hari ni Imam Muda Asyraf cerita apa pengorbanan yang telah kita buat selama kita hidup ? Pernah tak kita fikirkan ? Apa yang dah kita korbankan untuk diri sendiri, keluarga,masyarakat, agama dan lebih terpenting untuk ALLAH. Adakah kita dah korbankan masa kita untuk bertemu dengan ALLAH dan lengkapi diri dengan persediaan untuk di alam yang seterusnya. Inilah yang perlu kita muhasabah samada dari diri ana sendiri dan kita semua.

Setiap hari kita perlukan topik untuk kita fikirkan dalam diri kita agar kita tak terleka. Iman perlu dijaga kerana ianya bisa up and down. Jika dibiar sepi terlalu lama tanpa sentuhan ianya akan kaku dan tidak bermaya. Tidak mendatangkan kebaikkan malah mendatangkan kelesuan.


" some people come into your life as blessings, others come into your life as lessons "

Wallahualam.

Wednesday, November 2, 2011

Jadilah solehah dan Bertemu Jodohmu


Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم





:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah

dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang p
asti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! T_T

Sumber dari Facebook.


** semoga suatu hari nnt **


ps : sekadar renungan dan santapan untuk menenangkan jiwa kala penat bekerja/belajar. Namun pada ana, andai ada di antara kita yang masih belum bertemu jodoh, jangan risau, jodoh itu ada, ALLAH lebih Mengetahui. Mohon padaNya. Moga didekatkan dengan kita, dan anggaplah masa yang diberikan oleh ALLAH sebelum bertemu dengan jodoh kita adalah waktu untuk kita mendidik diri menjadi hamba ALLAH yang baik dan lebih baik supaya bila bertemunya dengan jodoh nanti, kita sudah bersedia. Didiklah diri kita menjadi wanita solehah, supaya kita dapat bertemu lelaki yang soleh. Namun andai yang dinanti itu tidak menepati impian kita, anggaplah kita hanya manusia biasa yang akan terus diuji dan diuji demi memantapkan iman kita dan mendidik menjadi HAMBA ALLAH yang HEBAT. Kita hanya bisa merancang tapi ALLAH menentukan segalanya. Persediaan perlu dilakukan setiap masa dan jika belum bermula, mulalah dari saat ini. Tiada istilah terlambat untuk berubah. Andai kita rebah, bangun semula dan binalah kembali.

Jangan dikenang apa yang telah berlalu, masa lampau akan terus menjadi kenangan dan semakin jauh meninggalkan kita dan yang penting adalah sekarang dan masa akan datang. Berserah sepenuhnya pada ALLAH, terus belajar dan belajar hinggalah kita dipanggil Illahi.

Dulu ana selalu fikir macam mana nak cari suami yang soleh. Perlu pakai beginikah, berkenalan sana sini dengan orangkah atau berserah saja tanpa lakukan apa2. Alhamdulillah ALLAH permudahkan jalan ana, ALLAH tunjukkan cara untuk ana mencari jodoh itu dengan melakukannya dari dalam diri ana sendiri, bukan mencari orang tapi mencari dari diri sendiri. Ana perlu jadi solehah dulu kalau ana nak yang soleh. Perubahan dari dalam diri itulah kuncinya, Insya-ALLAH yang soleh akan menjenguk tirai dirimu dengan cara yang kita tak mungkin terfikirkan. Kembali kepada ALLAH SWT dan taatilah segala suruhannya dan tinggalkan segala larangannya. Remember, process to be solehah is an ongoing process.

Moga bermanfaat untuk semua.

Wallahualam.

Tuesday, November 1, 2011

Mengenang

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji hanya bagi ALLAH. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali.

Alhamdulillah, hari ni mmg keje takde langsung, jdi apa salahnya kalau update banyak2, hihi. Dari duk termenung tak buat apa baik tulis2 sikit :)
Hari ni semua lunch apa ? harapannya makanan yang baik, berhati2 membeli produk makanan sekarang ni, banyak yang tak halal dari yang halal. bukanlah maksud ana takde yg halal, tp banyak produk yang tipu dengan bersandarkan logo halal. Semoga kita dijauhkan.

tiba2 hari ini, bila ana beli makanan untuk lunch, ana teringat time dekat ofis lama dulu. Dulu ana kerja di pejabat peguam, jadi boss ana selalu kuar ofis cari orang. Kadang2 smpi 1 hari takde kat ofis. Jadi bila boss takde, mcm bebas sikitla. bukannya melencong dari buat kerja tapi bolehlah sambil buat kerja sambil borak kan.

Ana balik pukul 6 ptg, jadi lapar tu selalu menerjah. Jadi bila lapar, akak kat ofis akan bancuh air teh dan kitorang makan sambil cecah2 dengan biskut lemak. Yang bestnya, walaupun sekadar biskut lemak, tapi seronok sangat. Rasa macam ofis sendiri. hihi.

Sebenarnya banyak benda yang kecik boleh menggembirakan hari2 kita. Tapi kita kena hargainya dan berfikiran positif. Jangan pertikaikan benda kecil yang menggembirakan krna itu mampu mengubat resah di dalam hati serta menghargai yang kecil buat jiwa rasa lebih relaks. Kita selalu lupa menghargai bila ada peluang dan menyesal tika ianya berlalu pergi. Appreciate what we have and don't ever complaint the good things that comes into your life. When you cannot appreciate the small possibly you won't appreciate the bigger. Just my opinion.

Tanda-tanda hati kita keras

Assalamualaikum

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Moga bermanfaat kepada kita semua. Yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk di atas kekurangan diri ana sendiri.


TANDA-TANDA HATI KITA KERAS


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
[Surah At-Taubah:54]

2.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." [Surah Al-Qaf, ayat 45]

3.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4.Kurang mengagungkan Allah.

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.

Sumber dari Facebook.


ps : perjalanan hidup ini tidak akan pernah berhenti dari diuji, samada dari segi nikmat mahupun musibah. Dugaan tanda ALLAH sayang pada kita, tanda ALLAH sangat rindu mendengar rintihan kita, dan tanda kita adalah HAMBA ALLAH. Jangan pernah berputus asa dan berhenti di tengah jalan, kerana jalan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis :) Mungkin hari ini kita terjatuh, tersungkur, BANGUNLAH dan ingatlah yang kita PUNYA ALLAH, kembali padaNYA yang memiliki seluruh cinta. Mungkin hari ini kita rasa sedih, sujudlah, mohon padaNYA, sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR tiap rintihan kita. Yakinlah pada ALLAH. Semoga kita semua beroleh kekuatan dan kesabaran serta sentiasa bersyukur dalam tiap detik kehidupan kita.

** teringat pesanan seorang kakak yang ana kagumi, " Jadilah kita orang yang luar biasa dan jangan impi hanya untuk menjadi orang yang biasa " **


" Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH beserta orang yang sabar "
( Al-Baqarah, Ayat 153 )