Saturday, December 31, 2011

Welcome 2012

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga serta sekalian sahabat2 baginda.

Alhamdulillah, post ni akan jadi post terakhir for year 2011 and welcoming the 2012. Saya bersyukur dengan tiap-tiap detik 2011 yang bakal berlalu. Banyak suka dan duka, namun pastinya lebih banyak kegembiraan. Moga kedatangan 2012 ini akan diberikan kelancaran dan dipermudahkan tiap urusan. Jadi lebih bersyukur dalam tiap detik dan lebih tenang menjalani hidup seharian yang penuh dengan kejutan..
Amin.

Dengan ini sy mengucapkan Selamat tahun baru dan moga ianya akan lebih mendekatkan kita dengan Allah dan Rasul serta tahun yang penuh kegembiraan. ^__________^

ps : sambut hanya di rumah bersama family, itu hadiah terbaik :))

Thursday, December 29, 2011

Sanah Helwah to me :)) sweet 24


Assalamualaikum.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah. Sanah Helwah to me :) welcome 24 goodbye 23..

Udah 24 ghupernya...hehe..rasa muda lagi remaja rasanya tapi bila tengok umur dah lama tinggalkan alam remaja. Ini juga bermakna makin dekat dengan "tarikh" itu. Sudah bersiapkah diriku ?

Tapi dalam ketika usia 23 yang dah berlalu, memang banyak yang berlaku dan yang dah berubah. Terlalu banyak yang berubah. Nikmat juga tidak dapat langsung ku hitung satu persatu, terlalu banyak Ya ALLAH. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk terus berjuang demi menuju jalan Illahi. Amin.

Terima kasih juga atas doa2 dari sahabat2. Doa2 kalian adalah penguat semangat untuk lebih tabah dalam menghadapi hari2 mendatang.

Terima kasih Allah, mari menjadi Mawar Agama ^___________^

ps : Tak semua tangisan itu kerana sedih, ada juga sebab gembira, rasa bersyukur dengan nikmat yang tak terjangkau lalu menitiskan air mata. banyak lagi. terlalu banyak.

Monday, December 19, 2011

Mawar Agama

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur kita masih lagi bernafas tika ini untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan kita. Bagi saya setiap saat adalah perjuangan. Perjuangan melawan nafsu, perjuangan mendidik hati. Setiap saat tidak terkecuali. Perlu sentiasa berdoa mohon pada ALLAH diberikan kekuatan menempuh tiap saat. Teringat kata Ustazah Fatimah Syarha, jadilah mawar agama.

Benar.Seindah kesenangan, Wanita Solehah.Itu tagline rancangan realiti Solehah di Tv Alhijrah. Pertama kali saya menonton secara live di Dewan Muktamar. Kebetulan itu adalah episod penentuan,jadi kemeriahannya dirasai. Balik kerja terus bersiap dan berjanji bertemu dengan teman di putra bangsar. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan, selalunya kalau jumaat, jalan agak sesak tambahan waktu pulang dari kerja.

Kami sampai lebih kurang pukul 7 dan park kereta di Masjid Wilayah dan langsung solat maghrib. Suasana agak ceria, kerana ada ramai kelibat pelajar2 dan penonton2 yang ingin menyaksikan malam kemuncak. 1st time ikut program tv memang seronok even sebagai penonton shja. Dpt jugaklah tengok sikit sebanyak pembikinan rancangan secara live. Apa nak dikata, peserta semua hebat2. Semuanya layak untuk menang :)

Aura tazkirah dari tiap peserta juga meresap dalam jiwa tiap2 yang hadir, Insya-ALLAH. Kami tak terkecuali merasainya. Dapat melihat mawar2 agama yang turut menghiasi dewan muktamar, cukup membuatkan diri rasa kerdil di kelilingi oleh wanita2 solehah. Rasa diri terlalu jauh ditinggalkan mereka. Benarkan, bila ALLAH dijadikan satu-satunya tempat sandaran, segalanya indah. Islam itu sendiri Indah.

Saat ini sering saya tertanya layakkah saya menjadi mawar agama. Terlalu jauh diri ini jika ingin dibanding dengan orang sekeliling, terasa kerdil, apatah lagi dengan Yang Maha Esa. Far from perfect. Perlunya melihat dunia luar supaya kita rasakan yang dunia ALLAH ini terlalu luas dan perlu sentiasa belajar mempertingkatkan diri. Sekali terleka akan jatuh merundum.

Ingin benar berjuang di jalanMU YA ALLAH. Tapi ianya tidak boleh hanya dijadikan lontaran kata semata-mata, perlukan langkahan, tindakan. Walk the talk, nadia !!

Mawar Agama :)

Friday, December 9, 2011

Berdebar

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Salam Jumaat yang penuh berkah :) Berdebarlah... Moga dipermudahkan ALLAH tiap urusanku. Moga ianya berjalan lancar dan diterima dengan mudah. Apa pun, pada ALLAH jua ku berserah segalanya. Hanya mampu merancang, tapi ALLAH jua menentukannya.

Tak mahu mengharap pada manusia tapi hanya pada ALLAH. Dah sampai masa untuk berdepan dengan perkara ini. Tak mungkin ditangguh lagi. Walau hati merasa tidak bersedia. Kuatkan hatiku YA ALLAH.


Wednesday, December 7, 2011

:(

Assalamualaikum.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan keluarganya serta sekalian sahabat-sahabatnya.

Alhamdulillah, macam mana puasa anda ? Moga ALLAH menerima tiap amalan kita. Amin.

Teringat saya tentang perbualan saya dengan sahabat tempoh hari. Kami berbual tentang diri masing2 dan saya teringat tips yang sahabat saya berikan taktala dia menghadapi masalah. Katanya tiap kali ada masalah dia sering ingin beritahu pada teman2 terdekat untuk mengadu tapi bila memikirkan semula adalah lebih baik dia bagitahu pada ALLAH dulu. Jadi selain solat, sahabat saya akan baca Al-Quran. Jadi sebelum dia buka dia akan mohon " Ya ALLAH, berilah bantuan padaku melalui kalam-Mu " (contoh doa). Serta-merta sahabat saya merasa lega. Tanpa perlu bercerita pada teman2 lain tapi dia sudah mendapatkan ketenangan.

Ya itu intipati yang saya dapat dari sahabat saya pada hari tu :) ALLAH selalu hantar orang baik2 pada saya, supaya saya belajar dari mereka bagaimana menghadapi hidup dengan tenang.

Sejak kebelakangan ni, saya selalu rasa tak berapa kena, tak tahu macam mana nak kata, tapi macam rasa tak berapa tenang kot :( mungkin ada dosa secara sengaja mahupun tidak sengaja yang dah saya lakukan tapi saya tak sedari. Benar, hanya pada ALLAH sahaja sebaik-baik tempat pengaduan. Entahlah rasa diri semakin jadi " jahat ". huhu sedih saya :(

ps : teringat kampung indahku di Bagan Datoh. Teringinnya nak balik sana, bercuti dalam 2-3 hari. Duduk kat jeti, sambil tengok org memancing. ** saya selalu rasa saya mudah sedih, banyaknya dosa saya **


>_<



Tuesday, December 6, 2011

Mesti Tonton :)

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah hari ini dah masuk 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Jadi umat Islam digalakkan untuk berpuasa sebelum atau selepasnya. Maksudnya 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram. Ganjarannya adalah di hapuskan setahun dosa2 yang lepas. ( Sekiranya salah sila tegur. Terima Kasih )

Hari ini saya nak hebahkan tentang rancangan tv yang MESTI TONTON demi menambahkan ilmu kita. Semakin banyak yang kita belajar semakin banyak yang kita tak tahu. Jadi kena terus belajar dan belajar.

Andai kata siang kita tak sempat nak tonton tv mahupun baca buku hatta seketika disebabkan kita bekerja mahupun masih belajar, jadi cara mudah ialah isinya dengan waktu malam. Sambil rehat2 tu bolehlah bukak tv. Tv yang pada saya banyak mengeluarkan rancangan2 yang berbentuk islamik ialah TV AL HIJRAH. Subhanallah saya amat teruja sekali. Banyak sangat ilmu yang boleh diserap melalui channel 114 melalui Astro. Kalau tv tanpa astro saya tak pasti.

Rancangan BEST kena tonton ialah rancangan 30 Minit Ustaz Don. Cuma 30 min je kita korbankan untuk tonton. Dari hari Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam. Pada hari Isnin dan Rabu, Ustaz Don akan mengajar kita asas2 Fardhu Ain contohnya pasal najis, wuduk. Hari selasa pulak belajar tajwid. Hari selasa paling saya suka :)



** Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid **


Penerangan sangat jelas dan siap tunjuk cara sekali untuk perkara seperti wuduk, tayammum. Kira tak rugi kita tido lambat demi tengok Ustaz Don eh, bukan tengok Ustaz, tapi dengar talk dia :)

Lagi satu dari Tv Alhijrah jugak, iaitu Reflections. Host by Imam Suhaib Webb :) Rasanya dah ramai kenal Imam Suhaib Webb ni, since dari bulan puasa pun dah start ada dah rancangan ni. Rancangan ni tentang tafsir Al-Quran. Start dari Surah Al-fatihah pastu terus ke juzuk 30.


** Imam Suhaib Webb **


Penerangan sangat jelas dan siap bagi rentetan peristiwa di sebalik makna tiap ayat. Jadi kita akan dapat bayangan lengkap tentang tiap2 ayat. Tapi Imam ni memang cakap laju plus pulak in English, tapi jangan risau ada translation :) Jadi takde alasan tak faham pulak.

Rancangan ni setiap Khamis dan Jumaat pukul 10.30 mlm jugak. Kira macam ganti Ustaz Don.

Seronok kan hari2 dapat belajar benda baru. Tapi kadang2 ada jugak ter'miss. Sayang...... sekarang saya ingat nak pasang PVR supaya dapat record even tak sempat tengok. Boleh tengok berkali2, supaya faham berkali2. Tapi ilmu memang banyak sangat boleh dapat even hanya 30 min only per day.

tu yang nak bagitau, rugi sesangat kalau tak tonton. Untuk tambahan, tv9 pun banyak rancangan2 agama. Macam tanyalah ustaz & ustazah, mukadimmah, mahir jawi. Siap ada ulangan. Bagus untuk sesi muhasabah diri setiap hari. Jadi kalau tak sempat nak pegi masjid dengar ceramah, sambil duduk2 berehat kat rumah dengan family boleh bukak siaran tv Alhijrah dan tv9. Lebih mendekatkan hati, Insya-ALLAH.

Moga kita semua memperoleh ilmu dan redha ALLAH di mana sahaja kita berada :)

Wassalam.