Tuesday, November 16, 2010

Hayati Pengorbanan


Assalamualaikum.
Salam 9 Zulhijjah 1431
H semua.

Esok adlh Hari Raya Aidiladha.
Ianya merupakan hari raya ke-2 terbesar selepas Aidilfitri.
Aidiladha jatuh pada 10 Zulhijjah, hari ke sepuluh,
sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia
merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Inilah sedikit sebanyak rentetan hari raya Aidiladha.
jdi pgi esk bgn awl2, kita sama2 tunaikan solat sunat Aidiladha.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.



“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com

ps : Marilah sama2 kita hayati Hari Raya Aidiladha ini dengan penuh rasa penghayatan dan bukannya menyambut sekadar tanpa2 apa2 kesedaran.
Jadikan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sbgi contoh kpda kita.
Marilah kita juga lakukan pengorbanan utk diri dan seluruh umat Islam.
Selamat Menjalani Ibadah Qurban.

^_*

No comments:

Post a Comment