Wednesday, February 23, 2011

ganjaran kesabaran :)

Assalamualaikum.

Semua sihat ke ? Moga2 semua sihat2 belaka, tp mana2 yg tak berapa sihat, jgn risau, anggaplah itu semua ujian untuk mengurangkan dosa2 kita. betul tak, yela selalunya bila sakit baru nk ingat ALLAH, mmg tak semua, tapi kadang2 kita terlupa kan. bila dah selalu sgt di hamparkan dgn nikmatnya dunia, smpi kita lupa pada-NYA. ada juga yg dah sakit tpi masih tak ingat lagi.. ada ke ?? moga2 dijauhkan ye.

cemomot bkn apa, hanya nk mengingatkan diri dan yg lain2 juga. kan amalan yg mulia bila kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. mungkin ada yg terleka, akn tersedar. dah byk ALLAH bagi kenikmatan pada setiap hamba-NYA tapi kita seringkali lupa malah merungut dan merasakan yg segalanya tak mencukupi.

mungkin kadang2 kita akn mengalami kesusahan tapi jika kita sabar, ALLAH akn gandakan ganjaran kita lebih dari apa yg kita fikirkan. cemomot teringat kisah sepupu cemomot sdri.

dia mmg seorang yg tabah dan cekal. mak Shafini ( aka kak yung ) jatuh sakit teruk dan masuk hospital. time tu dia keje lgi, baru lps hbs belajar. disebabkan keadaan mak dia yg agak teruk dan dia ank tunggal, dia terpaksa berhenti keje dan jaga mak dia lebih kurang 3 bulan kat hospital. tido segala kat sana, cuma kadang2 je balik. tup2 pulak ayah dia pun tak berapa sihat dan benti keje. jadi cuma gunakan duit simpanan dan mmg berjimat sgt2.

keadaan mak dia mmg teruk, bayangkan dr gemuk jdi kurus kering. lama mak dia sakit, smpi doktor suruh bwk balik. mmg semua dia uruskan, jaga mak dgn ayh dia, urusan rumah, semuanya.. tapi dia tak pernah merungut. cemomot tak pernah dgr lgsg. dia hanya diam dan tersenyum je. Ya ALLAH, betapa berat ujian bila melihat org2 yg kita sayang sakit dan tidak berdaya. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan.

sgt2 salute dgn cara dia menghadapi kesukaran. bertawakkal segalanya pd ALLAH. lepas mak dia balik, dia cari keje baru, nak sara hidup. dia keje pun gaji hanya RM900 sebulan, itulah nak bayar duit kete, mkn minum, rawatan utk mak dgn ayah yg sakit. tapi ajaib, cukup tiap2 bulan. tak minta sana sini pun. cekal sungguh hati wanita ini.

tapi setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. mmg ganjaran yg ALLAH berikan tak terlintas di fikiran manusia dan tak terjangkakan. mak dia sembuh, ayah dia pun semakin sihat, dpt bantuan kewangan dari pihak berwajib. duit PERKESO dan KWSP pun dpt. malah dia dinaikkan pangkat dan gaji bertambah. hidup makin selesa. boleh dikatakan senang lenang. rezeki yg datang berlimpah ruah. itulah berkat kesabaran dia menjaga mak dan ayah dgn ikhlas dan rela berkorban.

mmg tak terduga. betapa besarnya nikmat yg ALLAH berikan atas sgla yg terjadi. bila kita sabar, redha dan tawakal hanya pd ALLAH, pasti ALLAH akan balas berlipat kali ganjaran. bkn mudah utk jadi sabar dan redha dgn dugaan, tapi itulah yg patut ada dlm jiwa setiap manusia yg hidup di bumi ALLAH yg serba indah ini.

percayalah tiada tempat yg lebih baik utk kita memohon dan meminta pertolongan melainkan pd ALLAH yg MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA YG TERSURAT DAN TERSIRAT.

moga kita semua dapat mendidik diri menjdi insan yg berjiwa kental, sabar dan tabah mengharungi segala dugaan, syukuri segala nikmat yg diberikan, sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH S.W.T dan NABI MUHAMMAD S.A.W. Amin. Moga ALLAH permudahkan setiap langkah kita untuk mencapai redha-NYA.


^_^



Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”


Huraian hadith:

  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada).
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
( info : News @ Feryco )




No comments:

Post a Comment