Thursday, March 10, 2011

Hati Ini & Rasa Itu


Assalamualaikum.


taktala hati berkecamuk, pelbagai rasa yg muncul.
sedih. suka. geram. marah.
semuanya bercampur-baur.
ssh nak diperbetulkan.

hati rasa tak te
nang. jiwa rasa tersepit.
terlalu banyak yang menekan, hingga rasa bagaikan ingin lari dari semua,
tinggalkan apa yg ada.
buang semua yg terkumpul.
lupakan segala dendam dan amarah yg menguasai jiwa.
tinggalkan cuma rasa kasih dan sayang.

entahlah taktala jiwa begini, terlalu
byk rasanya yg ingin diperkatakan,
ingin dihebahkan agar semua org tahu apa yg hati ini sedang lalui
biar org semua rasakan apa yg hati ini rasakan.
namun lidah ini kelu utk berkata
mungkin krna terlalu byk yg nak diluahkan sehingga tiada satu pun
yg terzahir.


mungkin dek krna terlalu menyimpan hinggakan rasa " itu " menjdi2 terlalu kuat
lalu memakan diri yang kerdil dan tidak sempurna ini.
bila ia memakan jiwa, hati ini seolah kelu
rasa itu seolah-olah mati
hanya mampu bertahan dan terus bertahan

bila hati ini rasa begitu, iman menjdi tipis,
sehalus jarum peniti.
namun bila tersedar, cpt2 cuba mencari cahaya dalam kegelapan.

mungkin aku perlu melangkah,
mengorak kaki menuju arah yg lain,
membuat perbezaan, memulakan yang baru,

amat payah utk dimulakan,
tapi aku perlu kuat,
aku perlu yakin.. ya yakin..
perlu berani membuat sesuatu,
mungkin di " situ " akan ada " jalan " penyelesaian untuk
hati ini dan rasa itu

mungkin di situ akan ada ketenangan yang aku cari
jalan telah dibuka
cuma aku perlu yakin melaluinya
buang sgla rasa yg menjerat dek godaan syaitan durjana yg menyesatkan manusia

aku perlu kuat !!

"YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA HAMBAMU INI DAN SELURUH UMAT ISLAM AGAR SENTIASA KUAT MENGHADAPI CUBAAN HIDUP. BERIKANLAH AKU KEYAKINAN UNTUK MENUJU JALAN BARU INI, YA ALLAH. TEGUHKANLAH HATI KU INI UNTUK MELAKUKAN IBADAH PADA MU YA ALLAH. JADIKANLAH AKU SENTIASA DEKAT DENGAN MU YA ALLAH. AMIN"



ps : maaflah entri emosi. kadang2 kita akn rasa terlalu penat berdepan realiti kehidupan yg kdg2 seolah-olah memaksa kita berputus asa dlm perjuangan kehidupan ini. kdg2 kita terlalu mual utk menerima dugaan yg dtg di sekeliling kita. tapi itulah jalan kehidupan utk menjadikan kita lebih baik. Insya-ALLAH dalam setiap kesempitan pasti ada kesenangan.


Allah tidak pernah mensia-siakan kita, setiap ujian, pasti ada kesenangan selepas itu, oleh itu, ketika diuji, maksimakan usaha untuk mengatasinya kerana pasti selepas itu ada kesenangan. Di dalam al-Quran Allah menyatakan yang bermaksud:- oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah al-Insyirah ayat 5-6) ( sumber : Ustaz Amin )

No comments:

Post a Comment