Assalamualaikum.
Salam jumaat yang penuh barakah. Moga kita semua dalam lindungan kasih ALLAH. Amin.
Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang diberikan. Walau kadang dirundung duka, tapi itu pastinya mehnah yang bakal mematangkan jiwa, dan mendidik hati menjadi lebih redha pada sesuatu perkara.
Baru2 ini, ana mengikuti kelas tafsir Al-Quran di bukit kinrara atas ajakan sahabat. Seronok rasanya dikurniakan sahabat yang sentiasa mengajak mendekati ALLAH. Kita adalah gambaran pada sahabat kita. Bagaimana sahabat k
ita, begitulah juga selalunya kita. Baik sahabat kita, Insya-ALLAH semakin baiklah kita hendaknya.

Alhamdulillah, memang ana menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas tafsir bagi memantapkan pemahaman ayat-ayat indah ALLAH dan memantapkan lagi iman. Biasalah bila bekerja, pa
sti masa agak terhad untuk mengikuti kelas2 berturutan. Ustaz yang mengajar juga sangat menyejukkan jiwa, di kala pagi menguraikan kata-kata ALLAH.
Bagaikan rasa sangat diberkati pagi itu, sungguh damai. Teringat pesanan2 ustaz, jangan lupa berniat tiap kali kita nak lakukan apa jua, baik niat ki
ta, Insya-Allah dipermudahkan. Penjagaan rohani penting, untuk memastikan jiwa sentiasa tenang walau ditimpa musibah. Sama juga, kalau kita berniaga, jadikan perniagaan kita itu sebagai saham untuk dunia dan akhirat. Jangan sekadar imbuhan di dunia. Niatkan hati kita berniaga kerana apa.
Seronok jugak, dapat jumpa teman2 baru. Alhamdulillah semuanya baik2 sangat.
Esok ada class tafsir lagi. Hari isnin & selasa minggu depan pun start class mengaji Al-Quran kat Yayasan Al-Quran. Okay :))))
Jom belajar dan teruskan belajar.
Happy Weekend semua :)
No comments:
Post a Comment