Monday, September 26, 2011

Risau, Doa dan Tawakkal

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu kita di pagi isnin yang indah ini. Namun pagi tadi ana agak kelam kabut sedikit. Paginya siapkan sandwich untuk bang yus yang ada pot luck kat ofisnya hari ini. Kemudian bersegera pula menghantar mama ke klinik untuk cek kesihatan bulanan. ALLAH. lambat pula, dengan hati berat ana terpaksa tinggalkan mama di klinik. Mana taknya, sudahlah keluar lambat, doc pun tak masuk lagi rupanya, orang ramai jugak.. hmmmm..

risau mama pulang sorang2, tambahan waktu pagi lagi mcm ni. kat tmpt ana banyak berlaku kes ragut. itu yang ana risaukan. selalunya mmg ana akan tunggu sampai habis cek, tapi hari ni sangat lambat pulak. sian mama. nak tak nak terpaksa tinggalkan jugak, puas ana duk risau pikir. mama tak bawak handphone pulak, lagi risau...

bila risau2 macam ni, hanya satu, berdoalah. ana memang selalu bawak buku poket amalan doa2. Alhamdulillah terubat sedikit resah di hati. Ini doanya :

Doa supaya perkara dimudahkan :


" Wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku ".

( Surah Taha : 25 - 28 )

selalunya ana baca doa ni ketika nak interview. minggu lepas ana recite doa ni, Alhamdulillah terasa sangat lancar ana berkata-kata. Gugup pun hilang. Amalkan doa ni. Insya-ALLAH dipermudahkan.

serta ini :

Doa ketika dalam ketakutan/saat-saat genting :

" Maha Suci Allah yang Maha Agung. Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Menguasai, aku memohon pertolongan dengan rahmatMu " ( Hr Tarmizi )


Alhamdulillah, mama ana pulang dengan selamat bersama kawannya yang ditemui di gerai berdekatan. Allah permudahkan urusanku.


^_^


sisipan penulis : amalkan doa setiap hari, jadikan ianya satu amalan biasa. bangun dan sblm t tidur, nak pergi kerja dan semualah. Moga ALLAH permudahkan urusan kita.

No comments:

Post a Comment