Saturday, July 16, 2011

Adakah semua kenikmatan itu sudah kita syukuri?

16 July 2011 / 14 Syabaan 1432H

Sedang makan2 nasi ayam buatan mama yang sememangnya super sedap dan ayam perap yg besar, wahhh nikmatnya rasa. Ditambah pulak dgn hujan rahmat dari ALLAH yg mencurah-curah membasahi bumi ALLAH yg maha luas ini. Sup ayam berasap menanti untuk dicedok.

Perlahan saya cedok sup ayam yg penuh aroma itu ke dalam pinggan nasi. Doa di baca, moga makanan ini menjdi ibadah dan penuh dgn keberkatan. Sedang ingin menikmati, pantas adik perempuan saya mencubit bahagian ayam sup di bahagian paling saya suka.

Saya terkedu, hendak dilarang kesian. teringat pulak, sharing is caring kan, even secebis ayam, tak perlulah nak berkira. hati kata tidak, tapi apakan daya. saya redhakan jugak.... sedih....
dalam memendam perasaan, secara tiba2 adik lelaki saya berkata :

" kak ngah, ko nak tak ayam bahagian ...... ni ? (bhgn yg saya suka, lebih suka dari bahagian yang saya beri td)

YA ALLAH, saya terpempam, betulkah. baru sahaja td saya lepaskan bahagian yang saya suka. walau tak seredha mungkin tapi saya pasrahkan diri. ALLAH gantikan saya dengan nikmat yang jauh lebih baik dari yang saya sangka. JAUH LEBIH BAIK. Ianya bahagian yang lebih saya sukai dari bahagian sebelum ini. LEBIH BESAR DAN LEBIH ENAK BERBANDING YANG SEBELUMNYA.

nampak apa yg saya nampak ? ''_''

YA ALLAH, betapa rapinya aturan ALLAH utk kita, kecil tp ianya sangat bermakna bila kita redha. mungkin ianya kecil, tapi kadang2 kita selalu tak perasan nikmat kecil yg ALLAH berikan pada kita. kita selalu rasa ALLAH tak bagi apa yang kita minta, sedangkan ALLAH nak bagi JAUH YANG LEBIH BAIK DARI YANG KITA MINTA.

kadang2 bila kita terpaksa lepaskan sesuatu yang sangat kita sayang, kita jadi keliru, tapi jika kita berserah pada ALLAH, percayalah yang ALLAH akan bagi lebih baik dari apa yang kita minta. yang langsung kita tak sangka.

" Jika seseorang hamba ALLAH menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana ALLAH) maka ALLAH akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal" ( Al-Hadith)

" YA ALLAH, ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, JANGANLAH KAU JAUHKAN AKU DARI NIKMATMU BIARPUN SEKECIL-KECIL NIKMAT YA ALLAH. AKU INGIN MENSYUKURI TIAP NIKMAT YANG KAU BERI ALLAH, AKU INGIN SENTIASA MERASAI KASIH SAYANGMU YA ALLAH. SUNGGUH INDAH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MENITIPKAN RASA INI UNTUK MENGHARGAI TIAP NIKMAT YANG KAU BERIKAN " AMIN...


Mutiara Kata :

Kedua telingamu masih boleh mendengar. Kedua matamu masih boleh melihat. Lidahmu masih boleh berkata-kata. Selain itu, tubuhmu bebas dari berbagai penyakit fizikal dan jiwamu sihat. Adakah semua kenikmatan itu sudah kita syukuri?



^_^

Thursday, June 2, 2011

rezeki ALLAH bagi :)


Assalamualaikum pembuka bicara.

moga kalian diberkati dan dirahmati ALLAH hendaknya. Amin.
apa khabar hati ? tnya hati pulak ehhh.. hati cemomot as usual up and down je.
huwaaaa... my mistake. i'm sorry...
adalah kekurangannya itu. akn diperbaiki.
hidup kan. x syokla klu gembira je, kdg2 kena duka jgk spya x lupa diri.

tp hari ni cemomot nk story psl citer gembira... !! hooray..

korang penah tak, bila mcm korang sgt inginkan sesuatu, pastu dpt or in another situation x dapat? mesti ada kan..kan.. sape pun mcm tu kan.
mcm ni nk dijadikan citer, tiap kali cemomot berkehendakkan sesuatu like mknan, tup2 mesti ada org bagi dlm situasi yg x dijangkakan.

haaa, itulah namanya rezeki semua. hihi. jd bersyukurlah semua ye. ( lebih pd diri sdri :> )
hari tu kan, cemomot sgt2 lapar tahap nk makan kertas, sedih... tetiba je kwn ofis cemomot dtg bg nasi ayam. selalunya dia akn call tnya nk or tak, tp hari tu dia beli je w/out ask. see !! ALLAH mendengar rintihan hamba-NYA yg sgt lapar ketika itu.

next pulak, psl lapar jgk. tp tahap nk mkn roti bersalut coklat, sedap ***

then ada org yg dikenal nk ke kedai, apalagi, kirim mengirim la kan :))
kan..kan..


sarapan pagi youuu..


lagi satu ialah time tu sgt dahaga pulak.. tup2 ada org yg sama nk ke kedai lagi, hihi.
pon berlakulah kirim mengirim.. cool :))


sgt manisssss...


semua ni rezeki dari ALLAH, tanpa-NYA siapalah kita. hanya hamba-NYA yg lemah dan kurang sgla. esok pun dah masuk bulan rejab. Alhamdulillah dpt berjumpa dgn rejab, moga begitu juga syaaban, ramadhan and syawal. Insya-ALLAH. kita hanya merancang tp ALLAH menentukan segalanya kan.

kena sentiasa remind kan diri sdri dan org sekeliling. kita manusia ni kan mudah lupa, biar benda kecil tp ttp kena selalu igtkan.
oh yaa, dulu cemomot ada ajak utk baca buku kan. sebenaunya mmg cemomot ada baca tp x nyempat nk review, gitu la kisahnya.
skang ni cemomot baru nk start baca 2 buah buku. dah lama beli tp tu la, baru skng nk baca. hihi.



beshhhh setakat nih :))))


moga dpt membimbing diri ini ke arah yg lebih baik. Insya-ALLAH


okla, itu saja utk entri kali ni. see you on the next entry ya. Assalamualaikum. Barakallah :))



:)))))

Thursday, April 28, 2011

Part One Jadi CIKGU : Agih2 kasih sayang ... eh gula2 :>

Assalamualaikum.

Shobaah al khair semua. dah sarapan ? hihi,
cemomot dah mkn 3 keping roti + sardin + telur goreng and of course milo, utk jdi sihat dan kuat. :) yolaaah.
Alhamdulillah kenyang, smpi ke petang thn nih. xpe2, yg pntg mkn sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

rajin pulak cemomot update ari2 kan. masa ada terluang, so bolehlah digunakan. wokeh2, arini sbnrnya cemomot nak citer psl ce
momot bg gegula kat ank murid. mggu lps dah, tp x smpt nk tulis kat cni. bersempena dah sebulan cemomot mengajar, jdi kira mcm nk celebrate 1 month jdi cikgu. hihi. excited sgt.


the classroom ( girls room )


xdelah byk mana, insya-ALLAH bg yg termampu. student cemomot ada lebih krg 60 org, jd cemomot buat 70 bungkus. biar lebih jgn kurang. takut jgk diorg nih x suka dgn gegula nih, bkn apa gegula biasa je. :(

tapi Alhamdulillah, they appreciate it. Sukanya :)))

syukur, wlupun kecil tp bila org hargai, rasa mcm nak bg lagi ..... hihi
diorg x kisah, yg pntg ado.


sebahagian gegula **



gegula ni lah yg cemomot suka sgt kecik2 dulu smpi sekarang :)



yeay, dah siap bungkus. ni ckit, ada dlm 30 bungkus kot.


tapi sedih tak smpt nk snap pic time diorg duk berebut. diorg terkejut jgk, tanya2 " cikgu2, nape bg gula2, besday cikgu ehh ? ". eheh. takdela ank muridku, saja je bagi, suka2...

ada lagi dialog nyer, " banyaknya duit cikgu bagi gula2 nih " amin, Alhamdulillah. moga berkat dan bertambah. :))

" cikgu2, nak lagi satu, bagi adik saya kat umah ", ada jugak ;)

" cikgu nah gula2 nih, jatuh kat bawah. sorang dpt satu je kan ", jujur, Alhamdulillah.

hihi, 2la antara dialog2 yg smpt di tangkap dlm kecoh2 berebut gula2. Alhamdulillah, cemomot happy sgt dpt kenal adik2 nih ( adik tuuuu ). byk kenangan2 manis dah tercipta. cemomot bersyukur sgt dgn jln yg ALLAH tunjukkan, moga segalanya dipermudahkan.

dlm cemomot skng, cemomot kena imbangkan keluarga dan keadaan sekeliling. byk pengalaman dan pengajaran yg cemomot belajar, rugi rasanya kalau ilmu yg ada ni tak diluaskan dan disampaikan. di samping cemomot mengajar dan mendidik ( Insya-ALLAH ), cemomot cuba utk ubah diri cemomot.

mungkin kdg2 cemomot di luar batasan, cemomot minta maaf, pd mana2 yg kenal diri ini. diri ini tidak sempurna, dan byk kekurangannya, tpi tidak disbbkan kekurangan ini akn menghalang diri utk menjdi lebih baik.

okla. pesanan terakhir, jgn lupa utk sentiasa update iman kita sbb iman kita boleh up and down. sabar kuncinya dan syukuri tiap2 saat dlm hidup kita barulah bertemu ketenangan. Insya-ALLAH. Amin.


>_<


Wednesday, April 27, 2011

A Picture Tells a Thousand Words


Assalamualaikum.

picture made of a thousand words….
or perhaps not that many, but a picture made of words













>_<



Wednesday, April 20, 2011

Syukurilah Momen2 hidup..

Assalamualaikum.

Marhaban ya kawan2. Kaifa haaluk ? I'm fine, hehe. moga semua sihat sejahtera and mana2 yg sakit jgn lupa mkn ubat. smlm cemomot pun tak berapa sihat, tp dah g clinic, alhamdulillah ok. opps, fhm tak apa cemomot tnya kt ats nuu, hehe. skng ni cemomot dah start class bhsa arab, Alhamdulillah, seronok sgt, mmg cemomot dah lama teringin nk blaja. Moga diberkati dan dipermudahkan. Amin.

mcm mn hidup anda semua, okay tak? pd yg okay2, alhamdulillah, nikmati tiap saat kita, samada suka atau duka. itulah kehidupan. pd yg sdg bermasalah, jgn putus asa, jgn trs berduka, setiap masalah ada penyelesaiannya. cuma cpt atau lambat. pinta ALLAH kuatkan hati kita utk menghadapi dan memberikan kita kesabaran agar kita dapat melaluinya dgn senyuman di bibir walau dikelilingi masalah.

itu biasa, setiap hari kita berdepan dgn mslh, samada kecil atau besar. cuma bagaimana cara kita menghadapinya. mungkin cara positif atau negatif. terpulang, tp sebaiknya kita hadapi in a positive way, sbb bila positif yg bsr akn nmpk kecil. dan mintalah pertolongan dari ALLAH, krna dia Maha Mengetahui.

hmmm..nk citer, skng ni kan cemomot dah jadi C-I-K-G-U !! tp cikgu tak rasmi. best sgtttttt2. Ya ALLAH, betapa mulia tugas seorg pengajar. disamping mengajar kita dpt mendidik. hanya ALLAH yg mampu membalas sgla jasa baik seorang pengajar dan pendidik. sgt hebat !! terima kasih cikgu2 yg dah bekerja keras mengajar cemomot, dari tadika hinggalah tamat universiti. amat hebat cikgu2 nih.

and now cemomot dah fhm apa yg ada dlm hati seorg cikgu, wlu tak sepenuhnya tapi cemomot hargai peluang dan rasa ini. terima kasih YA ALLAH atas jalan yg ditunjuki. cemomot sgt2 hargai, being a teacher is part of my life. seronok dgr student2 pggl kita " cikgu-cikgu ... teacher-teacher... ustazah-ustazah (yg ni pun ada :) " amin.

Alhamdulillah, syukran2 atas segala yg berlaku. sungguh !! tak terungkap dgn kata2, hanya ucapan syukur terlahir. Moga dipermudahkan sglanya.

itu yg cemomot nak citer, serba sedikit yg dilalui kebelakangan ini. nnt cemomot nak ulpoad pic2 student cemomot k. fii amaanillaah. :)



^_^


Saturday, March 26, 2011

Melangkah

Assalamualaikum.

apa khabar ? lamanya tak menulis di sini dek tuntutan kerja dan waktu yg sentiasa penuh dgn aktiviti2. hehe. rindu nk bebel2 kat sini tapi tu la. slh satunya, ada byk juga masalah2 yg berlaku lately, jd hati dan diri ini tak berapa stabil, emosi spti sentiasa terumbang ambing. tapi Alhamdulillah, setiap masalah ada penyelesaian cuma perlukan pertimbangan yg wajar dan waktu.

teringat pesanan hadis nabi ini :

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

hari tu, sy ada dengar ceramah dari tv9, tanyalah ustaz rasanya. ustaz tu ckp psl dugaan dan sabar. bila sesuatu musibah atu masalah menimpa, kita kena bersyukur kerana itu tandanya ALLAH nk uji iman kita, malah setiap dugaan yg datang pd kita adlh utk menambahkan pahala kita. if kita terima dugaan itu dgn baik ia akn jdi pahala.

umpamanya kita ada kawan yg bermasalah, kita bantu dia, nasihat dan ajak dia berubah ke arah kebaikan, itu dah dikira tanggungjawab kita utk bantu dia. kita kena anggap itu adlh pertolongan dari ALLAH untuk menambahkan pahala kita. inilah masanya kita utk melakukan perkara2 baik.

itu cuma perumpamaan sy, maknanya setiap apa yg berlaku kita perlu berfikiran positif dan anggap itu semua itu mengubah kita jdi lebih baik. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. kadang2 kita rasa ianya satu bebanan yg amat berat tp percayalah pada pencipta kita, kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI sesuatu yg lebih baik utk kita.

mungkin juga, bila berlaku sesuatu perkara akn membuatkan kita kembali mengingati ALLAH. sbb kita tak lari dari melakukan kesilapan, jdi kita kena sentiasa ingat ALLAH, salah satu caranya dgn solat. jgn tinggal solat kerana itu WAJIB dan rukun islam yg ke-2 selepas mengucap 2 kalimah syahadah.

cuba solat awal waktu ( sdg diusahakan ), habis solat jgn lupa zikir. zikir cara mudah mendekatkan diri kita dgn ALLAH. bkn hanya selepas solat je tapi anytime, anywhere. jgn lupa juga berselawat utk junjungan besar Nabi Muhammad saw. kalau boleh baca Al-Quran setiap hari, klu tak sempat baca, dengar pun dpt pahala. dan pastinya DOA. itu adalah senjata orang mukmin. YA ALLAH.

kalau nak diikutkan, tak susah malah tak guna byk waktu pun nk buat tp kita sering je x dpt nak buat. T_T. sy pun sdg mencuba malah sy yakin ramai di luar sana juga sdg mencuba melakukan sebaik-baiknya. Insya-ALLAH akn dipermudahkan segalanya. Amin.

cukup dulu coretan kali ini. cuma sebagai ingatan utk semua dan diri sdri. moga kita semua dipermudahkan ALLAH dalam menuju jalan kebenaran dan diberikan keteguhan dlm melaksanakan kewajipan kita.

doakan juga langkahan kaki sy utk melakukan sesuatu utk diri dan masyarakat dipermudahkan ALLAH dan sentiasa mengikhlaskan diri, sungguh sy takut utk melakukannya tapi sy yakin sy di jalan yg benar dan ALLAH sentiasa bersama saya. Amin.


Syair Imam Syafie berkenaan sabar

Bersabar lah yang indah

Alangkah dekatnya kelapangan

Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil

Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan

Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap

(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)


Penutup

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” - Surah al-Baqarah, ayat 45

( credit to Hikmatun )




Thursday, March 10, 2011

Hati Ini & Rasa Itu


Assalamualaikum.


taktala hati berkecamuk, pelbagai rasa yg muncul.
sedih. suka. geram. marah.
semuanya bercampur-baur.
ssh nak diperbetulkan.

hati rasa tak te
nang. jiwa rasa tersepit.
terlalu banyak yang menekan, hingga rasa bagaikan ingin lari dari semua,
tinggalkan apa yg ada.
buang semua yg terkumpul.
lupakan segala dendam dan amarah yg menguasai jiwa.
tinggalkan cuma rasa kasih dan sayang.

entahlah taktala jiwa begini, terlalu
byk rasanya yg ingin diperkatakan,
ingin dihebahkan agar semua org tahu apa yg hati ini sedang lalui
biar org semua rasakan apa yg hati ini rasakan.
namun lidah ini kelu utk berkata
mungkin krna terlalu byk yg nak diluahkan sehingga tiada satu pun
yg terzahir.


mungkin dek krna terlalu menyimpan hinggakan rasa " itu " menjdi2 terlalu kuat
lalu memakan diri yang kerdil dan tidak sempurna ini.
bila ia memakan jiwa, hati ini seolah kelu
rasa itu seolah-olah mati
hanya mampu bertahan dan terus bertahan

bila hati ini rasa begitu, iman menjdi tipis,
sehalus jarum peniti.
namun bila tersedar, cpt2 cuba mencari cahaya dalam kegelapan.

mungkin aku perlu melangkah,
mengorak kaki menuju arah yg lain,
membuat perbezaan, memulakan yang baru,

amat payah utk dimulakan,
tapi aku perlu kuat,
aku perlu yakin.. ya yakin..
perlu berani membuat sesuatu,
mungkin di " situ " akan ada " jalan " penyelesaian untuk
hati ini dan rasa itu

mungkin di situ akan ada ketenangan yang aku cari
jalan telah dibuka
cuma aku perlu yakin melaluinya
buang sgla rasa yg menjerat dek godaan syaitan durjana yg menyesatkan manusia

aku perlu kuat !!

"YA ALLAH BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA HAMBAMU INI DAN SELURUH UMAT ISLAM AGAR SENTIASA KUAT MENGHADAPI CUBAAN HIDUP. BERIKANLAH AKU KEYAKINAN UNTUK MENUJU JALAN BARU INI, YA ALLAH. TEGUHKANLAH HATI KU INI UNTUK MELAKUKAN IBADAH PADA MU YA ALLAH. JADIKANLAH AKU SENTIASA DEKAT DENGAN MU YA ALLAH. AMIN"



ps : maaflah entri emosi. kadang2 kita akn rasa terlalu penat berdepan realiti kehidupan yg kdg2 seolah-olah memaksa kita berputus asa dlm perjuangan kehidupan ini. kdg2 kita terlalu mual utk menerima dugaan yg dtg di sekeliling kita. tapi itulah jalan kehidupan utk menjadikan kita lebih baik. Insya-ALLAH dalam setiap kesempitan pasti ada kesenangan.


Allah tidak pernah mensia-siakan kita, setiap ujian, pasti ada kesenangan selepas itu, oleh itu, ketika diuji, maksimakan usaha untuk mengatasinya kerana pasti selepas itu ada kesenangan. Di dalam al-Quran Allah menyatakan yang bermaksud:- oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah al-Insyirah ayat 5-6) ( sumber : Ustaz Amin )