Tuesday, December 6, 2011

Mesti Tonton :)

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah hari ini dah masuk 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Jadi umat Islam digalakkan untuk berpuasa sebelum atau selepasnya. Maksudnya 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram. Ganjarannya adalah di hapuskan setahun dosa2 yang lepas. ( Sekiranya salah sila tegur. Terima Kasih )

Hari ini saya nak hebahkan tentang rancangan tv yang MESTI TONTON demi menambahkan ilmu kita. Semakin banyak yang kita belajar semakin banyak yang kita tak tahu. Jadi kena terus belajar dan belajar.

Andai kata siang kita tak sempat nak tonton tv mahupun baca buku hatta seketika disebabkan kita bekerja mahupun masih belajar, jadi cara mudah ialah isinya dengan waktu malam. Sambil rehat2 tu bolehlah bukak tv. Tv yang pada saya banyak mengeluarkan rancangan2 yang berbentuk islamik ialah TV AL HIJRAH. Subhanallah saya amat teruja sekali. Banyak sangat ilmu yang boleh diserap melalui channel 114 melalui Astro. Kalau tv tanpa astro saya tak pasti.

Rancangan BEST kena tonton ialah rancangan 30 Minit Ustaz Don. Cuma 30 min je kita korbankan untuk tonton. Dari hari Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam. Pada hari Isnin dan Rabu, Ustaz Don akan mengajar kita asas2 Fardhu Ain contohnya pasal najis, wuduk. Hari selasa pulak belajar tajwid. Hari selasa paling saya suka :)



** Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid **


Penerangan sangat jelas dan siap tunjuk cara sekali untuk perkara seperti wuduk, tayammum. Kira tak rugi kita tido lambat demi tengok Ustaz Don eh, bukan tengok Ustaz, tapi dengar talk dia :)

Lagi satu dari Tv Alhijrah jugak, iaitu Reflections. Host by Imam Suhaib Webb :) Rasanya dah ramai kenal Imam Suhaib Webb ni, since dari bulan puasa pun dah start ada dah rancangan ni. Rancangan ni tentang tafsir Al-Quran. Start dari Surah Al-fatihah pastu terus ke juzuk 30.


** Imam Suhaib Webb **


Penerangan sangat jelas dan siap bagi rentetan peristiwa di sebalik makna tiap ayat. Jadi kita akan dapat bayangan lengkap tentang tiap2 ayat. Tapi Imam ni memang cakap laju plus pulak in English, tapi jangan risau ada translation :) Jadi takde alasan tak faham pulak.

Rancangan ni setiap Khamis dan Jumaat pukul 10.30 mlm jugak. Kira macam ganti Ustaz Don.

Seronok kan hari2 dapat belajar benda baru. Tapi kadang2 ada jugak ter'miss. Sayang...... sekarang saya ingat nak pasang PVR supaya dapat record even tak sempat tengok. Boleh tengok berkali2, supaya faham berkali2. Tapi ilmu memang banyak sangat boleh dapat even hanya 30 min only per day.

tu yang nak bagitau, rugi sesangat kalau tak tonton. Untuk tambahan, tv9 pun banyak rancangan2 agama. Macam tanyalah ustaz & ustazah, mukadimmah, mahir jawi. Siap ada ulangan. Bagus untuk sesi muhasabah diri setiap hari. Jadi kalau tak sempat nak pegi masjid dengar ceramah, sambil duduk2 berehat kat rumah dengan family boleh bukak siaran tv Alhijrah dan tv9. Lebih mendekatkan hati, Insya-ALLAH.

Moga kita semua memperoleh ilmu dan redha ALLAH di mana sahaja kita berada :)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment