Monday, December 19, 2011

Mawar Agama

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur kita masih lagi bernafas tika ini untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan kita. Bagi saya setiap saat adalah perjuangan. Perjuangan melawan nafsu, perjuangan mendidik hati. Setiap saat tidak terkecuali. Perlu sentiasa berdoa mohon pada ALLAH diberikan kekuatan menempuh tiap saat. Teringat kata Ustazah Fatimah Syarha, jadilah mawar agama.

Benar.Seindah kesenangan, Wanita Solehah.Itu tagline rancangan realiti Solehah di Tv Alhijrah. Pertama kali saya menonton secara live di Dewan Muktamar. Kebetulan itu adalah episod penentuan,jadi kemeriahannya dirasai. Balik kerja terus bersiap dan berjanji bertemu dengan teman di putra bangsar. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan, selalunya kalau jumaat, jalan agak sesak tambahan waktu pulang dari kerja.

Kami sampai lebih kurang pukul 7 dan park kereta di Masjid Wilayah dan langsung solat maghrib. Suasana agak ceria, kerana ada ramai kelibat pelajar2 dan penonton2 yang ingin menyaksikan malam kemuncak. 1st time ikut program tv memang seronok even sebagai penonton shja. Dpt jugaklah tengok sikit sebanyak pembikinan rancangan secara live. Apa nak dikata, peserta semua hebat2. Semuanya layak untuk menang :)

Aura tazkirah dari tiap peserta juga meresap dalam jiwa tiap2 yang hadir, Insya-ALLAH. Kami tak terkecuali merasainya. Dapat melihat mawar2 agama yang turut menghiasi dewan muktamar, cukup membuatkan diri rasa kerdil di kelilingi oleh wanita2 solehah. Rasa diri terlalu jauh ditinggalkan mereka. Benarkan, bila ALLAH dijadikan satu-satunya tempat sandaran, segalanya indah. Islam itu sendiri Indah.

Saat ini sering saya tertanya layakkah saya menjadi mawar agama. Terlalu jauh diri ini jika ingin dibanding dengan orang sekeliling, terasa kerdil, apatah lagi dengan Yang Maha Esa. Far from perfect. Perlunya melihat dunia luar supaya kita rasakan yang dunia ALLAH ini terlalu luas dan perlu sentiasa belajar mempertingkatkan diri. Sekali terleka akan jatuh merundum.

Ingin benar berjuang di jalanMU YA ALLAH. Tapi ianya tidak boleh hanya dijadikan lontaran kata semata-mata, perlukan langkahan, tindakan. Walk the talk, nadia !!

Mawar Agama :)

No comments:

Post a Comment