Friday, August 19, 2011

Contohi yang baik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita akan masuk ke 10 Ramadh
an terakhir. Ini bermakna dalam 10 hari itu adanya malam lailatuqadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan diperkenankan doa.


dari Anas ra, Rasulullah saw bersabda :

" Pada malam Lailatulqadar, Jibrail as dengan serombongan malaikat, turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingat ALLAH SWT "



baru2 ni, ana ada terdengar tazkirah, ustaz ceri
ta tentang persiapan orang di Mesir rasanya, maaf sangat tak ingat nama tempatnya, tapi mereka pada awal ramadhan akan membentangkan kain rentang iaitu " Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan " tapi bila menjelang 10 malam terakhir mereka akan menukarkan kain rentang kepada " Ahlan Wasahlan Lailatulqadar ". Mereka akan berebut-rebut beriktikaf di masjid malah siap ada senarai untuk masuk bagi memastikan ada tempat untuk beriktikaf di masjid-masjid.

hebat persiapan mereka, terkedu dengar. tidakl
ah membandingkan di sini, tapi sewajarnya kita mencontohi sikap mereka dalam persiapan supaya tiap-tiap hati akan bersemangat untuk mengejar malam yang lebih baik dari 1000 malam ini. bukan hanya berkejaran menyiapkan kuih raya mahupun persiapan raya, bukan tidak boleh tapi kita kena ambil tahu tentang kebaikan2 yang boleh kita gapai, dan yang tidak ada dalam lain2 bulan melainkan bulan Ramadhan. ( nasihat untuk diri sendiri **** )

bagi yang perempuan, jangan bersedih. kita juga insya-ALLAH, boleh merebut 10 malam terakhir ini. walau kita tidak boleh solat mahupun membaca Al-Quran, kita masih boleh mengamalkan zikir2, doa2 dan membaca bahan2 ilmiah untuk sesi muhasabah diri. Ana teringat tentang seorang ukhti yang baru sahaja ana kenali dari kelas bahasa arab.

Subnallah, ukhti cekal orangnya. Memang kalau ALLAH telah berikan hidayah-NYA pastinya kita akan sentiasa ingin dekat pada-NYA. Apa yang ana tersentuh dengan kata-katanya ialah jika kita sedetik berniat untuk kembali ke ja
lan-NYA, ALLAH akan menunjukkan jalan dan membuka seluas-luasnya jalan. Malah ukhti menasihatkan saya supaya jangan pernah tinggalkan solat tahajjud biarpun semalam. Amalkan setiap hari.


Ukhti tidak akan tinggalkan solat tahajjud biarpun sedang uzur. Ukhti akan bangun dan berzikir serta berdoa. Ana tak mampu lagi sebegitu. Ana kagum dengan keazaman ukhti untuk berubah. Mungkin ALLAH hantar ukhti untuk ana, supaya terjaga dari lena dari merasa selesa dengan apa yang ana ada sekarang.

Ana mahu contohi ukhti. Ramadhan ini adalah titik permulaan yang wajar ana gunakan untuk menjadi hamba-NYA yang baik. Amin. Biarpun hanya berbaki 10 hari sahaja, tapi akan ana cuba sebaiknya. Moga ALLAH permudahkan. Amin.



Thursday, August 18, 2011

Sukar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang utk merasai nikmat hari ke-18 Ramadhan. Syukur dgn nikmat rezeki dari segi makanan, pakaian, kesihatan terutamanya. Tanpa nikmat sihat yang diberi ALLAH mungkin kita tak larat nak berpuasa, nak makan pun takde selera malah nak menunaikan solat fardhu dan sunat pun mungkin kita tak mampu. besar sungguh nikmat sihat itu.

jadi kita kena sentiasa ingatkan diri dan bersyukur dgn semua nikmat ALLAH. Dengan bersyukur kita akn jadi lebih tenang. Selalunya teguran untuk diri sendiri. Tak kuat rasanya lagi hati ini untuk menegur orang lain, tapi itu tanggungjawab kita juga untuk mengingatkan sesama kita terutama ahli keluarga kita, jiran2 mahupun rakan2. mungkin kita rasa,

" alamak payahnya nak kena tegur diorang nih, jiran lagilah tak nak tegur, sat gi dia tak mau cakap ngan aku, naya!!"

kan..itulah yang ana rasa. Dan mungkin jugak atas kekhilafan ana, mahupun cara ana yang tak kena, akan buat orang rasa ana ni tak baik. bukan ana bersangka buruk, tapi ana mmg rasa cara ana dalam menegur masih di takuk yang tak layak untuk menegur. Untuk menegur sesuatu terutamanya tentang agama, perlukan ilmu yang meluas. tanpa ilmu, ibadah juga jadi serba tak kena.

ana umpama kan diri ana ini umpama " baby " yang sedang bertatih meneguk ilmu dunia dan akhirat. risau jugak ana, kalau andai ana tak sempat membuang titik hitam dan sifat2 khilaf ana sebelum pergi meninggalkan dunia yang tidak kekal ini. Ana mahu pergi sbgi hamba ALLAH yang cinta ALLAH dan RASUL. Ya ALLAH.

ana rasa sangat lemah jiwa ini. tapi ana yakin ini adalah proses tarbiyah untuk ana menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. mungkin ini adalah mehnah dari ALLAH untuk ana.
Banyak rasanya yang perlu dipelajari, banyak masa terbuang begitu sahaja. Ana dah banyak lalai dari mencari ilmu akhirat dan perjuangan ana baru bermula.

sukarnya rasa untuk menegur org terdekat kita untuk berubah ke jalan yang lebih baik. Bayangkan bagaimana di zaman Nabi Muhammad. Pasti jauh lebih sukar. Betapa hebat kekasih ALLAH. Dan ALLAH terlalu hebat.

kenapalah hati ini degil sangat. sukar sangat ingin berubah. bagaimana mahu merubah orang sekeliling andai diri tak mampu berubah. Ingin masuk syurga ALLAH tapi takut melakukan perubahan. lemahnya iman hamba-MU ini Ya ALLAH.

Kembalilah ke jalan ALLAH. walau apa pun terjadi, susah mahupun senang. Back to the basic. Mengadulah pada Yang Maha Mengetahui. ALLAH Maha Mendengar.


Rasulullah saw bersabda :

" Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada ALLAH, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonnya "



Thursday, August 11, 2011

Idola kegemaran

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم


Apa khabar Ramadhan anda ? okay ? hihi, rasa mestila okay, berebut-rebut semua org untuk mengejar dan menggunakan tiap masa sebaiknya di bulan yang penuh berkat dan menjanjikan pengampunan dan terhindar dari seksa api neraka. Amin.

tapi jangan lupa untuk perbetulkan niat kita tiap m
asa agar setiap apa yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan redha ALLAH ( sdg cuba :> )

Alhamdulillah dah msk ke hari yang ke-11 seluruh umat Islam berpuasa. Rasanya bila dah masuk hari ke-11 ni dah semakin bertambah-tmbh lg amalan yg kita cuba lakukan. Insya-ALLAH.

Hari ni ana nk cerita pasal ustaz kegemaran ana. Rasanya ramai pun mmg sgt sukakan ceramah dan cara beliau. Ustaz Azhar Idrus.... Insya-ALLAH ramai mengenali beliau.
Ceramah2 beliau boleh dilihat di laman youtube atau terus saja ke laman Facebook beliau.

Alhamdulillah ana dapat mendengar secara live ceramah
beliau di Masjid Negeri Shah Alam, 24/7 yang lalu. Sebenar ianya secara kebetulan. Mungkin dah rezeki ana yang ALLAH berikan utk mendengar sendiri ceramah beliau. Ceritanya begini, sepatutnya ana nak ke Masjid Bukit Ampang Indah pd 23hb tapi takde siapa yang boleh teman. Saat tu semua ada hal yg mmg tak dapat dielakkan. Jadi disbbkan ana seorg, tak jadilah utk pergi. Tempatnya dekat saja dgn rumah ana, tp ianya ceramah slps maghrib dan akn habis lebih krg pukul 10 mlm dan tambahan pulak ana tak biasa dgn tempat tu.

Mungkin takde rezeki utk melihat Ustaz secara liv
e. Tapi ALLAH Maha Mengetahui, ana dapat peluang keesokan harinya walaupun tmptnya lebih jauh iaitu di shah alam. Kebetulan petang sabtu teman ana di shah alam ajak berjumpa. Jadi kerana tiada halangan, ana pun setuju utk ke shah alam. hihi.





Ketika ana solat di Masjid Negeri Shah Alam, ana ter
pandang artikel berkenaan ceramah Ustaz malam nnt. Subhanallah. Ana rasa terkejut campur gembira. ALLAH kabulkan doa ana. Semalamnya ana rasa terkilan tak dpt pegi, tp esoknya ALLAH ganti semula. Ana teringat kata2 adik ana mlm sebelumnya

ana : alah tak dapat la pegi tgk Ustaz Idrus ni..bukan senang dia dpt dtg dkt2 sini....
adik : takpe mesti ada rezeki lain punya. hari ni t
ak dapat, mesti lain kali dapat. tunggu je la :)

alhamdulillah. rezeki ana. tapi yg pastinya ana ttp sorang2 jgk krna teman ana ada hal. hihi.

tapi satu ana perasan, time solat Maghrib. ana ra
sa lain sgt2. bukan ana tak pernah solat di Masjid Shah Alam tu tapi entahlah saat solat tu ana dapat rasa ana sdg berada di Tanah Suci. Subhanallah. Mmglah ana belum pernah sampai ke sana tapi entah rasa mcm sdg solat di hadapan Kaabah. Rasa hati ni sayu sangat. Airmata sampai boleh mengalir. Indah dan sangat2 tenang. Terasa mendalam sekali. Rasa menusuk kalbu. *****

rasanya terbawa2 sampailah ketika mendengar ceramah. Rasa nak mengalir air mata saat mendengar kalimah
لا اله الا الله . Kalimah tauhid. ALLAH satu-satunya. Ceramah Ustaz mmg superb !! :)

ALLAH... Insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH ana teringin sangat untuk sampai ke Tanah Suci. Pasti siapa pun menginginkannya. Mog
a dipermudahkan. :)))




ps : hati ---> sedang dalam dilema. Sukar buat pilihan. Bila ia datang, ianya seakan tidak mampu ditahan-tahan. Hati oh hati.... :/



:)



Thursday, August 4, 2011

Ingatan Untuk Diri Ini ...

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar semua? Macam mana puasa hari ke-4 ni, masih ok ke? Semoga semuanya dalam rahmat ALLAH. Amin. Ana pun okay jugak, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma biasala dugaan2 lain yg datang taktala hati ini bernekad untuk melakukan sesuatu. Tapi kerana dugaan itulah yg menguatkan hati utk melakukan. :)

Semalam ana berkesempatan menonton Bersamamu di TV3. Ya ALLAH, sungguh tabah keluarga itu menghadapi dugaan hidup. Seorang ibu menjaga anaknya yg accident 3 tahun lepas ketika ingin pergi menunaikan solat terawih. Anaknya mengalami kecederaan teruk di kepala dan menyebabkn tidak upaya bergerak lagi dan mengalami gangguan otak malah ditebuk di lehernya utk memudahkan pernafasan.

Ya ALLAH betapa banyaknya nikmat yang kau berikan pada hamba-MU ini.

Terasa sangat kerdil diri ini. Anaknya yang sihat dan harapan untuk membantu keluarga namun bilamana berlaku kemalangan terus menjadi cacat dan tidak berdaya.

Bagaimanakah kalau ana yang melalui semua ini ? Kadang2 baru sedikit diduga, sudah menyalahkan. Betapa lemah iman hamba-MU ini. Masih ramai di luar sana yang menghadapi dugaan yang sangat luar biasa, hingga tak terlintas di fikiran kita.

Bersyukurlah sementara kita punya masa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH berikan. Kita tak akan tahu bila ALLAH akan menarik nikmat-NYA dari kita. Sedarlah selagi kita punya anggota yang mampu melakukan aktiviti harian, otak yang mampu berfikir, rezeki yang kita terima hari2. Tak terhitung nikmat yang ALLAH berikan.

Ya ALLAH, jadikanlah aku hamba-MU yang bersyukur.

Ada di luar sana yang kebuluran mengharapkan sebutir beras, secebis roti...sedangkan kita di sini... Jangan merungut dengan apa yang kita ada sekarang, hargai sebelum hilang.

Kedamaian yang kita miliki.

Rezeki yang melimpah ruah setiap hari.

Kemudahan yang tersedia di sana sini.

Kesihatan yang baik.

Anggota yang sempurna.



" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ? "
( Surah Al-Rahman )



Bila kita berada di atas, jangan lupa menoleh ke bawah. Supaya kita sentiasa dapat muhasabah diri kita. Jangan mendabik dada dengan apa yang kita miliki, kerana tanpa izin-NYA, kita tak mampu mengecap apa yang kita punya sekarang. Semua milik ALLAH.

Hargai dan syukurilah.

Wassalam.

(=_=)


ps : segala peringatan untuk ana yang serba kekurangan dan lemah sini sana. perlu tanam sifat qanaah ( berpada-pada ). simple is the best. Insafi diri di bulan yang penuh kemuliaan ini. Update hati sentiasa. Moga sentiasa bersih dari sifat2 mazmumah. Ramadhan Kareem.

Friday, July 29, 2011

Ana kalau bangun lambat ...+_+

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar ? Moga semuanya di berkati dan dirahmati ALLAH, tambahan pula di hari yg penuh barakah ini. okay arini, ana nak citer sikit ttg kebaikan dan keburukan " terlambat ". haha. ini just pandangan dri persepsi ana sdri. mungkin ramai yg selalu " terbangun lambat ", " terlambat bangun "..hihi


Kebaikkan bangun lambat

- kita akan berfikir semuanya dlm satu masa. contohnya : smbl gosok gigi sambil fikir nk pakai baju apa lepas ni ? nak guna tudung kaler apa ?

- pandangan mata merangkumi semua. mana taknya, tgk semua sekaligus. tpi selalunya bila lmbt kita selalu tak nampak benda even dpn mata. haish.

- ** utk perempuan : x hingat dah nk matching2 baju dgn kasut ke, tudung ke, ambik je mana yg boleh capai. :))

- kerja jadi lebih pantas. ini mmg tak dinafikan. bila lmbt kalau boleh kita nk semuanya bergerak cepat je, jd otak kita memeras ugut diri supaya bergerak lebih pantas dari biasa. bayangkan yg biasa mjdi luar biasa. hebatkan !!

- tiada masa utk berangan. hihi.

- cekap matematik. ahah yg ini ana suka. sbb apa, bila kita lmbt kita akan selalu tgk masa kan. jdi klu ana, ana akn buat kiraan berapa minit ana kena guna untuk buat sesuatu. jdi smbl bergerak smbl ana buat kiraan tiap kerja ana. ini sgt berguna. mempercepatkan pergerakan berfikir secara paksa !!

- bila dah berfikir pun pantas, jalan pun dah tentu sgt pantas. mungkin akn memecut 160 km/sejam kan. ini biasa.

- menggunakan tiap saat dgn sebaiknya. :)


Keburukkan bangun lambat

- jiwa akan rasa terseksa kerana terpaksa bergerak pantas dri selalu smbl memikir adkh sempat utk mengunakan masa dgn sebaiknya atau mungkin dimarah boss.

- tak sempat buat yg selalu buat, misalnya sambil tengok cermin, sambil belek2 muka, nyanyi2 sikit. menari2. =_=

- benda yg dicari semakin susah ditemui. akibat kepantasan, barang tak dpt dijumpai. mula panik smbl tgk jam :/

- pakaian hari tu mungkin yg the worse skli. sila jgn terkejut dgn padanan pakaian yg berwarna warni. eheh.

- sdg diri dalam perjalanan, teringat yg henfon tertinggal di rumah. hemmm +_+

- bad mood sepanjang hari. :))


haha.. ini jelah yg dapat ana fikirkan. inilah situasi yg selalu ana lalui bila lambat !! time management yg tidak teratur beginilah. at least, buruk dgn baik nmpk lebih kurang je, so bolehlah selalu lambat :))

selamat berhujung minggu. jgn lupa isnin ni dah start puasa. Alhamdulillah, moga Ramadhan kali ini memberi peluang kita utk lebih dkt pada ALLAH, mengubah diri menjdi lebih baik samada dalaman mahupun luaran, menambah ilmu, istiqomah melakukan ibadah dan membentuk akhlak mulia. Amin. Moga ALLAH permudahkan urusan kita semua.




^_^







Thursday, July 21, 2011

Buku - Ep 001

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini saya nak review sikit tentang buku terbaru yang saya sedang baca. Mungkin sebelum ni saya tak berapa ingat tentang kisah-kisah 25 nabi yang kita perlu tahu. Alhamdulillah dengan buku ini saya dapat menambah sedikit sebanyak ilmu yang kurang tentang kisah para nabi.

Walaupun tidak menerangkan sepenuhnya tentang kisah para nabi namun secara ringkasnya kita boleh mendapat kilasan tentang rentetan hidup para nabi.



Tajuk : Kisah 25 Nabi-Nabi
M/Surat : 876 Helaian
Penulis : Tarikuddin Bin Hj Hassan
Harga : RM25.00

( beli di carrefour, wangsa maju :> )
( maaf atas gmbr yang kurang jelas, cuma ambil dari google images )


** kalau dulu saya tak berapa jelas dgn kisah hidup para nabi, tapi skang saya dah tau...hihi :)
kenapala saya tak baca dari dulu kan... tapi yang pastinya kisah hidup Nabi besar junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w mmg hebat dan sesungguhnya Rasulullah punya peribadi yang cukup indah, seindah Al-Quran.

** maafla tak pandai nak bagi pandangan lebih2, takut ada tersalah cakap pula, tapi saya bagi 6.5/10 bintang :)))


^_^

Monday, July 18, 2011

tak mahu

kenapa saya selalu lupa...?
kenapa..?
saya tak mahu selalu lupa.
saya nak ingat selalu, tiap-tiap yg berlalu saya nk ingat selalu
tak mahu terlupa walau sesaat
mungkin bila lupa sesaat, saya boleh terlupa terus..
betul saya tak nak lupa mahupun terlupa..

kenapa saya selalu terleka ... ?
kenapa..?
saya tak mahu terleka,
walau sedetik, tak mahu leka..
saya sanggup tinggalkan asalkan saya tak terleka.
betul, saya akan tinggalkan..

saya tak nak sesekali pun terlepas dari pandangan-NYA,
saya tak mahu..
saya takut...
biarlah hilang di mata manusia, namun dekat di pandangan-NYA.


YA RABB, BANTU HAMBAMU YANG SERING TERLUPA DAN TERLEKA INI,
BIMBINGLAH HAMBAMU YANG KHILAF INI,
JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG BERSYUKUR DGN NIKMATMU,
LINDUNGILAH DIRI INI, IBUBAPAKU, KELUARGAKU, SAUDARA-MARAKU, GURU-GURUKU, RAKAN-RAKANKU SERTA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...


"_"