Thursday, August 18, 2011

Sukar

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang utk merasai nikmat hari ke-18 Ramadhan. Syukur dgn nikmat rezeki dari segi makanan, pakaian, kesihatan terutamanya. Tanpa nikmat sihat yang diberi ALLAH mungkin kita tak larat nak berpuasa, nak makan pun takde selera malah nak menunaikan solat fardhu dan sunat pun mungkin kita tak mampu. besar sungguh nikmat sihat itu.

jadi kita kena sentiasa ingatkan diri dan bersyukur dgn semua nikmat ALLAH. Dengan bersyukur kita akn jadi lebih tenang. Selalunya teguran untuk diri sendiri. Tak kuat rasanya lagi hati ini untuk menegur orang lain, tapi itu tanggungjawab kita juga untuk mengingatkan sesama kita terutama ahli keluarga kita, jiran2 mahupun rakan2. mungkin kita rasa,

" alamak payahnya nak kena tegur diorang nih, jiran lagilah tak nak tegur, sat gi dia tak mau cakap ngan aku, naya!!"

kan..itulah yang ana rasa. Dan mungkin jugak atas kekhilafan ana, mahupun cara ana yang tak kena, akan buat orang rasa ana ni tak baik. bukan ana bersangka buruk, tapi ana mmg rasa cara ana dalam menegur masih di takuk yang tak layak untuk menegur. Untuk menegur sesuatu terutamanya tentang agama, perlukan ilmu yang meluas. tanpa ilmu, ibadah juga jadi serba tak kena.

ana umpama kan diri ana ini umpama " baby " yang sedang bertatih meneguk ilmu dunia dan akhirat. risau jugak ana, kalau andai ana tak sempat membuang titik hitam dan sifat2 khilaf ana sebelum pergi meninggalkan dunia yang tidak kekal ini. Ana mahu pergi sbgi hamba ALLAH yang cinta ALLAH dan RASUL. Ya ALLAH.

ana rasa sangat lemah jiwa ini. tapi ana yakin ini adalah proses tarbiyah untuk ana menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. mungkin ini adalah mehnah dari ALLAH untuk ana.
Banyak rasanya yang perlu dipelajari, banyak masa terbuang begitu sahaja. Ana dah banyak lalai dari mencari ilmu akhirat dan perjuangan ana baru bermula.

sukarnya rasa untuk menegur org terdekat kita untuk berubah ke jalan yang lebih baik. Bayangkan bagaimana di zaman Nabi Muhammad. Pasti jauh lebih sukar. Betapa hebat kekasih ALLAH. Dan ALLAH terlalu hebat.

kenapalah hati ini degil sangat. sukar sangat ingin berubah. bagaimana mahu merubah orang sekeliling andai diri tak mampu berubah. Ingin masuk syurga ALLAH tapi takut melakukan perubahan. lemahnya iman hamba-MU ini Ya ALLAH.

Kembalilah ke jalan ALLAH. walau apa pun terjadi, susah mahupun senang. Back to the basic. Mengadulah pada Yang Maha Mengetahui. ALLAH Maha Mendengar.


Rasulullah saw bersabda :

" Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada ALLAH, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan jatuh dari pohonnya "



No comments:

Post a Comment