Thursday, August 11, 2011

Idola kegemaran

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم


Apa khabar Ramadhan anda ? okay ? hihi, rasa mestila okay, berebut-rebut semua org untuk mengejar dan menggunakan tiap masa sebaiknya di bulan yang penuh berkat dan menjanjikan pengampunan dan terhindar dari seksa api neraka. Amin.

tapi jangan lupa untuk perbetulkan niat kita tiap m
asa agar setiap apa yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan redha ALLAH ( sdg cuba :> )

Alhamdulillah dah msk ke hari yang ke-11 seluruh umat Islam berpuasa. Rasanya bila dah masuk hari ke-11 ni dah semakin bertambah-tmbh lg amalan yg kita cuba lakukan. Insya-ALLAH.

Hari ni ana nk cerita pasal ustaz kegemaran ana. Rasanya ramai pun mmg sgt sukakan ceramah dan cara beliau. Ustaz Azhar Idrus.... Insya-ALLAH ramai mengenali beliau.
Ceramah2 beliau boleh dilihat di laman youtube atau terus saja ke laman Facebook beliau.

Alhamdulillah ana dapat mendengar secara live ceramah
beliau di Masjid Negeri Shah Alam, 24/7 yang lalu. Sebenar ianya secara kebetulan. Mungkin dah rezeki ana yang ALLAH berikan utk mendengar sendiri ceramah beliau. Ceritanya begini, sepatutnya ana nak ke Masjid Bukit Ampang Indah pd 23hb tapi takde siapa yang boleh teman. Saat tu semua ada hal yg mmg tak dapat dielakkan. Jadi disbbkan ana seorg, tak jadilah utk pergi. Tempatnya dekat saja dgn rumah ana, tp ianya ceramah slps maghrib dan akn habis lebih krg pukul 10 mlm dan tambahan pulak ana tak biasa dgn tempat tu.

Mungkin takde rezeki utk melihat Ustaz secara liv
e. Tapi ALLAH Maha Mengetahui, ana dapat peluang keesokan harinya walaupun tmptnya lebih jauh iaitu di shah alam. Kebetulan petang sabtu teman ana di shah alam ajak berjumpa. Jadi kerana tiada halangan, ana pun setuju utk ke shah alam. hihi.





Ketika ana solat di Masjid Negeri Shah Alam, ana ter
pandang artikel berkenaan ceramah Ustaz malam nnt. Subhanallah. Ana rasa terkejut campur gembira. ALLAH kabulkan doa ana. Semalamnya ana rasa terkilan tak dpt pegi, tp esoknya ALLAH ganti semula. Ana teringat kata2 adik ana mlm sebelumnya

ana : alah tak dapat la pegi tgk Ustaz Idrus ni..bukan senang dia dpt dtg dkt2 sini....
adik : takpe mesti ada rezeki lain punya. hari ni t
ak dapat, mesti lain kali dapat. tunggu je la :)

alhamdulillah. rezeki ana. tapi yg pastinya ana ttp sorang2 jgk krna teman ana ada hal. hihi.

tapi satu ana perasan, time solat Maghrib. ana ra
sa lain sgt2. bukan ana tak pernah solat di Masjid Shah Alam tu tapi entahlah saat solat tu ana dapat rasa ana sdg berada di Tanah Suci. Subhanallah. Mmglah ana belum pernah sampai ke sana tapi entah rasa mcm sdg solat di hadapan Kaabah. Rasa hati ni sayu sangat. Airmata sampai boleh mengalir. Indah dan sangat2 tenang. Terasa mendalam sekali. Rasa menusuk kalbu. *****

rasanya terbawa2 sampailah ketika mendengar ceramah. Rasa nak mengalir air mata saat mendengar kalimah
لا اله الا الله . Kalimah tauhid. ALLAH satu-satunya. Ceramah Ustaz mmg superb !! :)

ALLAH... Insya-ALLAH kalau diizinkan ALLAH ana teringin sangat untuk sampai ke Tanah Suci. Pasti siapa pun menginginkannya. Mog
a dipermudahkan. :)))




ps : hati ---> sedang dalam dilema. Sukar buat pilihan. Bila ia datang, ianya seakan tidak mampu ditahan-tahan. Hati oh hati.... :/



:)



No comments:

Post a Comment