Friday, August 19, 2011

Contohi yang baik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita akan masuk ke 10 Ramadh
an terakhir. Ini bermakna dalam 10 hari itu adanya malam lailatuqadar iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan dan diperkenankan doa.


dari Anas ra, Rasulullah saw bersabda :

" Pada malam Lailatulqadar, Jibrail as dengan serombongan malaikat, turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingat ALLAH SWT "



baru2 ni, ana ada terdengar tazkirah, ustaz ceri
ta tentang persiapan orang di Mesir rasanya, maaf sangat tak ingat nama tempatnya, tapi mereka pada awal ramadhan akan membentangkan kain rentang iaitu " Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan " tapi bila menjelang 10 malam terakhir mereka akan menukarkan kain rentang kepada " Ahlan Wasahlan Lailatulqadar ". Mereka akan berebut-rebut beriktikaf di masjid malah siap ada senarai untuk masuk bagi memastikan ada tempat untuk beriktikaf di masjid-masjid.

hebat persiapan mereka, terkedu dengar. tidakl
ah membandingkan di sini, tapi sewajarnya kita mencontohi sikap mereka dalam persiapan supaya tiap-tiap hati akan bersemangat untuk mengejar malam yang lebih baik dari 1000 malam ini. bukan hanya berkejaran menyiapkan kuih raya mahupun persiapan raya, bukan tidak boleh tapi kita kena ambil tahu tentang kebaikan2 yang boleh kita gapai, dan yang tidak ada dalam lain2 bulan melainkan bulan Ramadhan. ( nasihat untuk diri sendiri **** )

bagi yang perempuan, jangan bersedih. kita juga insya-ALLAH, boleh merebut 10 malam terakhir ini. walau kita tidak boleh solat mahupun membaca Al-Quran, kita masih boleh mengamalkan zikir2, doa2 dan membaca bahan2 ilmiah untuk sesi muhasabah diri. Ana teringat tentang seorang ukhti yang baru sahaja ana kenali dari kelas bahasa arab.

Subnallah, ukhti cekal orangnya. Memang kalau ALLAH telah berikan hidayah-NYA pastinya kita akan sentiasa ingin dekat pada-NYA. Apa yang ana tersentuh dengan kata-katanya ialah jika kita sedetik berniat untuk kembali ke ja
lan-NYA, ALLAH akan menunjukkan jalan dan membuka seluas-luasnya jalan. Malah ukhti menasihatkan saya supaya jangan pernah tinggalkan solat tahajjud biarpun semalam. Amalkan setiap hari.


Ukhti tidak akan tinggalkan solat tahajjud biarpun sedang uzur. Ukhti akan bangun dan berzikir serta berdoa. Ana tak mampu lagi sebegitu. Ana kagum dengan keazaman ukhti untuk berubah. Mungkin ALLAH hantar ukhti untuk ana, supaya terjaga dari lena dari merasa selesa dengan apa yang ana ada sekarang.

Ana mahu contohi ukhti. Ramadhan ini adalah titik permulaan yang wajar ana gunakan untuk menjadi hamba-NYA yang baik. Amin. Biarpun hanya berbaki 10 hari sahaja, tapi akan ana cuba sebaiknya. Moga ALLAH permudahkan. Amin.



No comments:

Post a Comment