Monday, August 22, 2011

Kata-kata

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kita semua masih mampu bernafas hingga ke hari ini untuk merasai nikmat hidup yang disediakan untuk kita dan menikmati hari yang ke-22 Ramadhan. Kita sangat menghampiri ke penghabisan waktu bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Pasti sedih menyelubungi di hati taktala Ramadhan akan menjauh meninggalkan kita.

Mungkinkah ada kesempatan untuk menjadi teta
mu Ramadhan untuk Ramadhan yang seterusnya. Adakah semakin bertambah iman dan taqwa atau semakin lalai dan hanyut dek arus duniawi. Moga dijauhkan. Semoga iman kita semakin bertambah dari hari ke hari biarpun Ramadhan telah berlalu. Yang penting semangat Ramadhan dan amalan2 yang telah kita semaikan selama sebulan ini akan terus mengharum dan mengimarahkan lagi kehidupan kita untuk bertemu Ramadhan seterusnya. Insya-ALLAH.




Alhamdulillah ana rasa bersyukur kerana di beri nikmat mata untuk melihat permandangan yang indah, membaca2 bahan ilmiah mahupun taip-taipan indah dari insan2 yang sentiasa dilimpahi ALLAH dengan rahmat dan berkat-NYA. Bait-bait yang terhasil amat menyejukkan hati, mententeram kan mata dan mendamaikan jiwa. Begitu tersusun dan bisa menggamit hati-hati yang sentiasa dahagakan bimbingan rohani secara berterusan.

Kagum ana melihat begitu ramai anak-anak muda di luar sana yang punyai bahasa indah sebagai coretan dan sentiasa mendambakan kasih Illahi. W
alau ramai di luar sana yang telah hilang arah dan terlena di buai asyik dunia sementara namun masih ramai mujahid2 yang tegar dan tak kenal erti putus asa dalam menjalankan dakwah mereka menggunakan bait kata yang indah.




Moga ALLAH terus merahmati dan memberk
ati usaha mereka dan sentiasa dipayungi kasih sayang ALLAH. Insya-ALLAH. Perjuangan itu akan berterusan hinggalah tiba saat masa kita tinggalkan dunia fana ini.



=_=


titipan kasih : titik perjalanan baru ana bermula juga kerana ayat-ayat indah sang penulis. Ana anggap itu hidayah dari ALLAH untuk ana. Kerana bait-bait itulah telah membuatkan ana bertekad untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan mencari diri ana yang hilang dalam arus duniawi.
Terima kasih Ya ALLAH.


No comments:

Post a Comment