Wednesday, November 23, 2011

Selepas lebih baik :) Pilihlah


Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah :) Alangkah indahnya percintaan selepas kahwin. Segalanya terjadi selepas bukannya sebelum. Ana tau ana tak layak untuk berbicara tentang ini tambahan lagi melibatkan hukum2 di sebaliknya. Tapi secara umumnya, kita semua tahu yang pergaulan antara lelaki dan perempuan ada batasannya. Bukan sewenang-wenangnya kita nak bergaul begitu sahaja, bertepuk tampar dan lain2.

Banyak kisah yang ana baca cerita pasal indah percintaan selepas kahwin. Ana juga mengimpikan perkara yang sama, biarlah kita terpaksa berkorban untuk tidak dating, call setiap 10 min, sms sepanjang masa dan sebagainnya. Bukannya niat ana mencela atau mengata mana2 pihak tentang perkara sedemikian, tapi yang pastinya kita wajib mendahulukan suruhan Allah berbanding mengikut nafsu hati kita. Kan dah kata " Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah ".

Memang di akui, perkara2 sedemikian memang menyeronokkan tapi lebih menyeronokkan bila dah kahwin kan :)) segalanya halal, tiada halangan, malah mendapat pahala pula. Memang aturan yang Allah tentukan baik untuk kita dan bila kita melawannya ianya akan jadi keburukkan pada kita.

Jika kita ingin keberkatan selepasnya kawin, jadi kita kena pastikan sebelum itu juga kita perlu jaga keberkatannya. Atasi pergaulan kita, gunakan orang tengah yang boleh dipercayai untuk urusan2 tertentu.

Bila hubungan kita dan dia tiada batasan, pastinya akan banyak menimbulkan penyakit hati seterusnya menghala ke arah zina. Moga dijauhi. Zina boleh berlaku tiap masa tanpa berjumpa pun. Terutama zina hati, kita berangan-angan dan dihanyutkan dengan perasaan.

Tanya diri kita (termasuk ana), mahu perkahwinan yang dibina mendapat keberkatan atau murka Allah. Pilihlah yang mendatangkan bahagia pada diri, bersusah dulu menjaga diri demi mendapatkan redha Allah. Pilihan di tangan kita, mahu yang baik atau sebaliknya.



Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.



“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga, zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan, zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”
:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::



ps : Islam tidak menyempitkan malah menyenangkan. Tiap apa yang Allah aturkan pasti ada sebab musababnya, dan pastinya ianya mendatangkan kebaikkan. Cubalah hati akan lebih tenang dan bertawakkal padaNya. Insya-Allah bila kita dah bernekad melakukan kebaikkan pastinya Allah menolong kita. >_<

( artikel lebih merujuk pada diri ana sendiri, yang baik semuanya dari Allah dan yang tidak baik dari kekhilafan ana sendiri, Asif )

No comments:

Post a Comment