Tuesday, November 22, 2011

Tudung Labuh - Part 1





Assalamualaikum.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.
Minggu lepas ternyata minggu yang agak memenatkan, kelelahan dalam urusan duniawi dan moga ana terus diberikan kekuatan untuk melakukan tiap suruhanMU Ya Allah. Amin.

Hari ni ana terbaca threat dari Halaqah.net tentang isu "Bertudung Labuh". Alhamdulillah, macam2 pendapat dan nasihat boleh digunakan untuk memantapkan lagi mana2 yang berniat untuk bertudung labuh. Ianya bukan juga satu keputusan yang mudah untuk dilaksanakan dan perlukan kekuatan dan istiqomah bila melakukannya. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kita di dunia ini ialah waktu untuk menanam dan di sana nanti barulah menuai.

Bila baca threat tu, ana teringat ttg diri ana sdri. Ianya juga bukan berlaku secara drastik, tapi memerlukan masa. Alhamdulillah ana willing to change myself not because of others. Yang perlu dipastikan ialah niat kita bila nak buat sesuatu. Hanyalah kerana ALLAH. Memanglah untuk niat setulusnya perlukan pengorbanan yang jitu. Ianya melibatkan MASA.




Ana hanya berasal dari keluarga yang biasa saja latar belakang agama, dan nak diikutkan keluarga mahupun saudara2 rapat juga tidak ada yang memakai tudung labuh. Jadi untuk dekat dengan suasana bertudung labuh ni agak sukar dan teman2 ana juga sama seperti ana. Kesedaran itu ada tiap kali melihat wanita2 di luar yang bertudung labuh, memakai jubah, malah sekarang ramai juga yang telah berniqab ( alhamdulillah ), memang hati sangat sejuk tengok diorang nih. Rasa mereka ni mendekatkan diri yang jahil dan kerdil ini untuk lebih dekat padaNya dan mungkin juga masanya untuk berubah.

Ana tak terus bertudung labuh, tapi ana dari dulu memang tak suka selimpangkan tudung. Ana start pakai tudung instant yang tutup dada tapi masih agak pendek, pastu ana pakai pashmina, sbb pashmina ni bila pakai boleh tutup dada then sambil2 tu pakai hands sock. Lama jugak, bila dah biasa pakai ada rasa kekurangan lagi iaitu kaki !! hehe, jadi ana pun start pakai stocking, mula2 yang jenis nipis tu, tapi still nampak jarang2 lagi jadi try beli yang jenis tebal punya (mcm stoking bola). So waktu tu mmg rasa dah tutup apa yang perlu ditutup. Alhamdulillah hati ni Allah permudahkan dan tak rasa pakai stoking dan hands sock ni satu kesusahan malah jadi seronok.

Pakaian pun ana akan pakai baju yang labuh dari punggung sahaja, so bermulalah episod beli blouse2, seluar2 besar demi menyesuaikan dengan imej muslimah.

**maaflah entri panjang nihhh.... teruskan membaca ( iklan :) )



Tapi niat untuk bertudung labuh tu mmg sangat kuat time tu, tambah2 lagi bila jumpa ramai wanita bertudung labuh malah cantik juga akhlaknya :))) Jadinya time tu ana dah mula libatkan diri dengan aktiviti2 agama, dengar ceramah, lagu2 nasyid dan buku2 islamik. Kalau dulu suka beli kpop-klik (korean fans nih :> ), majalah2 hiburan malah ada siri tv omputih (seksi :O ) yang mmg tak lepas tonton - klu terlepas naik angin (nauzubillah) teruk kan :(

Ana memang suka membaca, jadinya bila takde keje kat ofis mmg ana suka baca threat2 kat iluvislam(yg lama punya website), blog2 tentang Islam dan terutama tentang macam mana menjadi wanita solehah, memang betul membuka minda dan hati ana untuk lebih fokus. Kalau dulu mungkin samar2 but time tu mmg ana punya semangat untuk berubah tu sangat2 kuat. Hati rasa betul2 insaf dan takut bila mengenangkan.

Jadi ana buat keputusan untuk ubah diri ana jadi lebih baik, tak leh tunggu2 lagi dah. Klu tunggu2 mungkin ana takkan berubah sampai bila2. Jadinya 1st thing is ana nak selami Al-Quran, nak tau apa yang Allah sediakan untuk hamba2Nya. So ana pun tekad nak gi blaja bahasa arab, so cara paling mudah ialah pergi masjid !! Alhamdulillah Allah permudahkan jalan ana, kelas pun baru nak start dlm 2 minggu mcm tu and tetiba umi (mak angkat ana kat masjid) tanya ana untuk jadi sukarela untuk program anak2 kat masjid. Maksudnya ana kena hari2 gi masjid dan ajar budak2 buat kerja sekolah :)

to be continue.....



ps : bila tulis semula, terimbau kenangan2 waktu tu, memang manis sgt2, baru tau erti " Kemanisan Iman ", mmg tak dapat di luahkan dengan kata2, hanya rasa syukur yang tak terhingga di atas taufik dan hidayah dari ALLAH. Moga ALLAH terus memberi kekuatan kepada hati ini dan hati2 di luar sana untuk terus istiqomah demi mendapatkan redha ALLAH dan merebut cinta agung dari Pemilik Cinta. Amin.



^_^

No comments:

Post a Comment