Wednesday, November 9, 2011

Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

Assalamualaikum.
بسم الله الرحمن الرحيم.

Salam Aidil Adha, moga ianya mendatangkan pengertian dalam inci kehidupan ana dan kita semua ya :)

Alhamdulillah raya kali ini lebih terasa kemeriahannya seperti raya aidilfitri lepas sebabnya ana beraya di kampung indahku !! hihi... semua adik-beradik belah mak balik, rasa seronok betul. semua berkumpul ramai2 skli dengan opah ku sayang :))) cuba bayangkan, ramai2 berkumpul, makan sama2, bergelak tawa, gotong royong kenduri... :D


kampung indahku... Bagan datoh, Perak :)

okay jom balikkan imaginasi ke realiti, hihi.... sebenarnya ana nak kongsikan satu artikel dari UZAR aka Ustaz Zaharuddin berkenaan situasi kerja. Mungkin ramai di luar sana termasuk ana yang was2 atau musykil tentang penggunaan waktu kerja kita. Yelah mungkin ada di kalangan kita yang bekerja tapi mempunyai waktu lapang dan hanya menggunakan masa2 tersebut dengan melayari internet, baca artikel atau buku dan duduk termenung sahaja. Adakah waktu yang kita habiskan dengan perkara selain kerja dikira berdosa dan gaji kita hujung bulan, halalkah atau haramkah ? inilah persoalan yang perlu kita fikirkan.

Jika kita inginkan keberkatan dalam tiap duit yang kita cari, kita perlu analisis nilai kerja kita. Seandainya gaji besar tapi terlibat dengan riba, bagaimana ? lagi pula ada yang gunakan waktu kerja untuk pergi shopping, menular dengan sengaja tidak kerja kerana tiada pantauan dari bos dan sebagainya, jadi bagaimana kita nak pastikan ? sila baca artikel UZAR ini ye - Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja

Semoga kita semua mendapat manfaat dan dapat menghilangkan kemusykilan yang terpendam.

ps : tangan ana skang ni tengah berjinak dengan kerja2 craft pulak :)) tengah belajar buat jahitan blanket stitch. mula2 susah, biasala tangan tak penah rajin menjahit2 ni, tapi Alhamdulillah, usaha itu tangga kejayaan. bila hilang satu, cari yang lain pulak. hati ni kalau asyik fikir psl "itu" je mmg x jalan kerja. Akhirnya mungkin akan berfikiran negatif :( moga2 ana dpt lepas ujian ini dengan sebaiknya, ana serahkan segalanya pada ALLAH, apa yang terbaik buat ana, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Biarlah ianya ke hulu kerana ALLAH dan berhilir juga kerana ALLAH, daripada ALLAH kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali :) andai itu yang telah ALLAH takdirkan untuk ana, ana redha dan Insya-ALLAH terima dengan hati terbuka.

Selamat Bekerja :) dan jangan lupa untuk ^_^

No comments:

Post a Comment