Thursday, November 3, 2011

Quote

Assalamualaikum.

Selamat pagi dan hari ini hari khamis bersamaan dengan 7 Zulhijjah. Hanya beberapa hari lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Pagi tadi dengar slot tazkirah di radio Ikim Fm tentang pengorbanan. Lebih tepat lagi dengan hari raya haji yang bakal menjelma ini.

Penceramah ialah Imam Muda Asyraf pukul 7.30 setiap isnin-jumaat. Tapi penceramahnya berubah-ubah dan minggu lepas Ustaz Izhar tazkirah pasal musibah dan doa. Memang seronok pagi2 dengar untuk makanan rohani.

Tazkirah lebih kurang 15 min tu mmg menusuk jiwa dan mendatangkan pemikiran. Hari ni Imam Muda Asyraf cerita apa pengorbanan yang telah kita buat selama kita hidup ? Pernah tak kita fikirkan ? Apa yang dah kita korbankan untuk diri sendiri, keluarga,masyarakat, agama dan lebih terpenting untuk ALLAH. Adakah kita dah korbankan masa kita untuk bertemu dengan ALLAH dan lengkapi diri dengan persediaan untuk di alam yang seterusnya. Inilah yang perlu kita muhasabah samada dari diri ana sendiri dan kita semua.

Setiap hari kita perlukan topik untuk kita fikirkan dalam diri kita agar kita tak terleka. Iman perlu dijaga kerana ianya bisa up and down. Jika dibiar sepi terlalu lama tanpa sentuhan ianya akan kaku dan tidak bermaya. Tidak mendatangkan kebaikkan malah mendatangkan kelesuan.


" some people come into your life as blessings, others come into your life as lessons "

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment